Persidangan Keselamatan dan Kerjasama
di Eropah (Conference on Security and
Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan
yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di
antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah.
Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini
ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah,
termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun
1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi
beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia
menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri-
negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan
Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian
daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat
dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara
rasmi menyertai CSCE.