barrator | pembaratri | Undang-undang | Tiada | 1. Seseorang yang berniat jahat, yang melakukan kacau-bilau.,2. Seseorang litigan yang menyusahkan. |
incendiarism | insendiarisme | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembakaran harta dengan sengaja dan berniat jahat untuk menipu syarikat insurans. Sinonim: arson |
arson | arson | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembakaran harta dengan sengaja dan berniat jahat untuk menipu syarikat insurans. |
surface bargaining | tawar-menawar bermula-muka | Pentadbiran | Tiada | Pihak majikan bertemu dan berunding dengan kesatuan tetapi tidak berniat untuk mencapai persetujuan. |
data security | keselamatan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Kaedah memastikan data disimpan dalam keadaan selamat daripada sebarang pendedahan, pengubahsuaian, penghapusan dan penukaran. Keselamatan data juga melibatkan capaian yang dikawal rapi daripada sebarang pencerobohan oleh pengguna yang tidak sah dan berniat jahat. Perubahan data hanya boleh diubah oleh pengguna yang berdaftar. Oleh itu, keselamatan data membantu memastikan kerahsiaan data dan data persendirian sentiasa dilindungi dan terpelihara. |
Atlantic Charter | Piagam Atlantik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Piagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memper |
zombie | zombie | Teknologi Maklumat | Tiada | 1.Dalam persekitaran sistem pengendalian UNIX, ia dirujuk sebagai proses atur cara yang telah mati tetapi belum lagi mengembalikan masukan jadual prosesnya ke sistem. 2.Dalam WWW, ia bermaksud tapak web yang terbiar dan lapuk kandungannya dan telah bertukar alamat. Zombie menghasilkan keadaan pautan reput. 3.Satu bentuk serangan nafi khidmat(DoS). Tapak zombie akan menerima mesej berniat jahat yang akan menjanakan banyak permintaan yang akhirnya menyebabkan tapak itu musnah atau menjadikannya lumpuh sehinggakan tidak dapat melayani permintaan lain. |
mens rea | mens rea | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Elemen mental yang diperlukan bagi sesuatu jenayah. Elemen ini boleh dalam bentuk niat jahat bagi melakukan sesuatu perbuatan atau menghasilkan satu kesan, atau boleh juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil sesuatu perbuatan ataupun kesan. Niat merupakan keadaan mental individu yang dapat disimpulkan berdasarkan perbuatan individu itu. Contohnya, niat membunuh dapat disimpulkan daripada keadaan kecederaan yang ditanggung oleh mangsa. Apabila seseorang tertuduh menikam dengan senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi bahawa beliau sebenarnya berniat menyebabkan kecederaaan yang biasanya boleh membawa maut kepada mangsa. Terdapat anggapan di sisi undang-undang bahawa mens rea merupakan elemen utama dalam setiap kesalahan jenayah yang hanya boleh diketepikan oleh peruntukan-peruntukan statut atau perkara-perkara pokok yang berkaitan. Mens rea berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud niat yang salah. |