Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.ja.ngan] | برڤنجڠن

Definisi : ber­lanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.ja.ngan] | برڤنجڠن

Definisi : berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN

Mesin gerakan berpanjangan ialah alat

hipotetikal yang boleh secara berterusan

menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara

berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya

kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan

lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya.

Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin

gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli

sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang

akan berjaya membinanya.

UMUM 
PERSENGKETAAN

Persengketaan ialah konflik yang berpanjangan

dan kadangkala boleh menyebabkan perbunuhan

di antara individu, keluarga, atau kumpulan.

Sengketa sering terjadi dalam masyarakat yang

kekurangan pasukan polis, agensi penguatkuasaan

undang-undang kerajaan, atau bentuk pihak

berkuasa pusat yang lain. Persengketaan lazim

berlaku di kawasan yang jauh dari pusat

penguatkuasaan atau di tempat yang pelaksanaan

penguatkuasaan pusat sukar dilakukan kerana rupa

buminya yang berceranggah dan iklimnya yang

teruk. Selain itu, manusia yang menolak undang-

undang sering terlibat dalam persengketaan.

Contohnya, persengketaan boleh berlaku di

kalangan geng muda bandar dan kumpulan

penjenayah.

UMUM 
KEBULURAN

Kebuluran ialah kekurangan makanan yang

berpanjangan yang menyebabkan kelaparan dan

kematian secara meluas. Sepanjang sejarah,

kebuluran berlaku sekurang-kurangnya satu

kawasan di dunia ini selang beberapa tahun.

UMUM 
KAKI RENDAMAN

Kaki rendaman juga dikenali sebagai trench

foot , merupakan keadaan penyakit pada bahagian

bawah anggota dan kaki yang disebabkan

pendedahan berpanjangan pada keadaan sejuk

lembap.

UMUM 
MACE

Mace ialah gas cecair pemedih mata, yang boleh

disemburkan daripada bekas yang bertekanan. Gas

ini menyebabkan mata berasa panas dan banyak

mengeluarkan air mata. Mace boleh menyebabkan

hilang upaya tetapi tidak berpanjangan. Istilah Mace

dan Chemical Mace ialah tanda perniagaan yang

digunakan oleh Smith & Wesson Chemical

Company, Inc., Amerika Syarikat, tetapi syarikat-

syarikat lain ada juga yang mengeluarkan cecair

kimia yang sama tetapi jenis gas yang boleh dikawal

dengan tangan.

UMUM 
KESUSASTERAAN ITALI

Kesusasteraan Itali termasuk banyak karya

agung yang ditulis sejak awal tahun 1200-an.

Kesusasteraan ini juga telah menggalakkan gerakan

budaya yang penting, yang membawa kesan

berpanjangan terhadap kesusasteraan negara lain.

UMUM 
SELARAN MATAHARI

Selaran matahari ialah keradangan kulit yang

menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang

berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini

mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada

kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau

bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada

kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran

yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam,

demam, dan lemah. Pendedahan yang

berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya

matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit

sebelum masanya dan kanser kulit.

UMUM 
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 

Kembali ke atas