44

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.tang] | برڤانتڠ

Definisi : 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pantang (kata nama)
Bersinonim dengan larangan, tegahan, pemali, pali;,
Kata Terbitan : berpantang, memantangkan,

Peribahasa

Singkat tidak terulas,
     panjang tidak terkerat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan Jawi untuk : RUMAH JAGAAN IBU BERPANTANGRUMAH JAGAAN IBU BERPANTANG = رومه جاݢاءن ايبو برڤانتڠLain-lain06.11.2019
Minta bantuan perkataan jawi berikut : 1) GEDUNG KOMPUTER 2) KEDAI KOMPUTER 3) RUMAH TAMU 4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG 5) KEDAI GUNTING RAMBUT Terima Kasih .Minta bantuan perkataan jawi berikut :
1) GEDUNG KOMPUTER - ݢدوڠ کومڤوتر
2) KEDAI KOMPUTER - کداي کومڤوتر
3) RUMAH TAMU - رومه تامو
4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG - رومه ڤنجاݢاءن ايبو برڤانتڠ
5) KEDAI GUNTING RAMBUT -  کداي ݢونتيڠ رامبوت
Ejaan23.11.2019
Apakah terjemahan yang tepat bagi "confinement lady" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Salam sejahtera,

Cadangan: Perkhidmatan penjagaan bayi dan ibu berpantang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.07.2018
Salam, 1. Apakah peribahasa yang bersinonim dengan 'pantang ajal sebelum maut'? 2. Apakah peribahasa yang sesuai untuk seseorang yang sangat berani dan tidak takut mati? Adakah peribahasa 'pantang ajal sebelum maut' itu sesuai ataupun ada peribahasa lain yang lebih baik? Terima kasih.Tidak ada kamus sinonim peribahasa, oleh itu setiap entri peribahasa perlu disemak satu persatu untuk mencari persamaan maksud antara peribahasa yang ada. Peribahasa "sebelum ajal berpantang maut" bermaksud tak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan.Lain-lain14.04.2014

Kembali ke atas