10.1.102.44

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.tang] | برڤانتڠ

Definisi : 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pantang (kata nama)
Bersinonim dengan larangan, tegahan, pemali, pali;,
Kata Terbitan : berpantang, memantangkan,

Peribahasa

Singkat tidak terulas,
     panjang tidak terkerat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BERTAPA

BERTAPA,  usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mendapatkan sesuatu ilmu, sama ada ghaib atau ilmu untuk kekuatan tubuh badan, dengan cara mengasingkan diri dan berpantang.  Bertapa juga disebut ‘tapa’ yang membawa makna yang serupa.

BUDAYAPerayaan/Upacara
BIDAN

BIDAN, wanita yang mempunyai pengetahuan dan terlatih untuk membantu ibu-ibu sewaktu melahirkan anak.  Bidan bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu sejak ibu itu mengandung, hingga tamat berpantang  iaitu selama 44 hari selepas bersalin.  Bidan juga menjaga bayi yang baru lahir dalam tempoh tersebut.  Tugas-tugas bidan termasuklah mengendalikan upacara melenggang perut dan menyambut kelahiran bayi, termasuklah memotong tali pusat dan menanam tembuni, memandikan serta membedung bayi.

 

 

 

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas