Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Bertongkat tebu.

Bermaksud :

Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(19)

276

Don't jump from the flying pan into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Dari lecah, lari ke duri

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari lecah, lari ke duri

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
solok lada[s.l/ lA.d] sejenis makanan yang dibuat daripada lada besar (yang hijau) yang disumbat dengan adunan kelapa dan ikan serta direbus bersama sedikit santan. Ia biasanya dimakan bersama nasi kerabu.   
brate[bÄA.tE]kata kerjamembuat sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai, bergotong-royong, bersama-sama, berpakat.Krijo tu kalu buwak brate mesti cepak sudoh.[kÄi.dZ tu kA.lu bu.wA/ bÄA.tE m«s.ti tS«.pA/ su.dh]Kerja tu kalau dibuat bersama-sama mesti cepat siap.
lopak tike[l.pA/ ti.kE] sejenis kuih daripada tepung beras, pulut yang dimasak dan dimakan bersama-sama kuah santan dan gula melaka.   
colek[tS:.lE/]kata namasambal cair dibuat daripada campuran cuka, lada, garam dan gula untuk dimakan bersama keropok atau buah-buahan.bertungkus-lumus.   
bute nako[bu.te nA.k] sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut (berbentuk biji nangka), dimasak bersama santan, halba dan gula melaka.   
lakse[lA/.sE]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras, dikukus dalam bentuk leper dan dipotong seperti kuetiau, dimakan bersama kuah lemak, hirisan bunga kantan, daun kesom dan sambal lada.   
poli[p.li]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan dikukus, kemudian disalut dengan kelapa parut dan dimakan bersama air gula melaka.   
rawo[ÄA.w]kata kerjamengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranga, ranya.Adek tu tok leh bowok make denge ore lua, pasa diyo suko rawo kokse.[A.de/ tu t/ leh b.w/ mA.kE d«.NE .ÄE lu.wA pA.sA di.j su.k ÄA.w k/.se]Adik tu tak boleh dibawa makan bersama tetamu kerana dia selalu ambil makanan secara sesuka hatinya.
ranga[ÄA.NA]kata kerjamengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranya 1, rawo.Adek tu tok leh bowok make denge ore luwa, pasa diyo suko ranga kokse.[A.de/ tu t/ leh b.w/ mA.kE d«.NE .ÄE lu.wA pA.sA di.j su.k ÄA.NA k/.se]Adik tu tak boleh dibawa makan bersama tetamu kerana dia selalu ambil makanan secara sesuka hatinya.

Kembali ke atas