over compounding | majmuk lebih | Teknik | Elektrik | Berkaitan dengan mesin penjana majmuk a.t. yang voltannya bertambah apabila beban bertambah melebihi had voltan biasa mesin tersebut. |
sudden change report | laporan perubahan mendadak | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Laporan meteorologi khas yang dipancarkan oleh stesen untuk menunjukkan keadaan cuaca bererti yang bertambah buruk atau bertambah baik terutamanya untuk penerbangan. |
unstable wave | gelombang tak stabil | Sains | Hidrometeorologi | Gerak gelombang yang amplitudnya bertambah dengan masa atau jumlah tenaganya bertambah dengan kesan negatif terhadap persekitaran. |
temperature inversion | songsangan suhu | Fizik | Haba | 1. Fenomena suhu yang bertambah dengan altitud di lapisan atmosfera. 2. Fenomena suhu yang bertambah dengan kedalaman air dalam laut atau tasik. |
flow, retarded | aliran terbantut | Hidrologi | Tiada | Aliran di suatu titik tertentu yang halajunya bertambah kurang mengikut masa atau halajunya bertambah kurang di sepanjang suatu garis laluan. |
increasing pitch | pic meningkat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Keadaan apabila jarak antara setiap putaran heliks berikutnya akan bertambah seperti pada mata gerudi. Keadaan yang sama juga berlaku apabila pic bilah yang berikutnya bertambah panjang diukur dari pusat ke lilitan. Contohnya, bilah turbin atau bilah pemampat berbilang peringkat. |
beta decay | reputan beta | Fizik | Atom dan Nuklear | Proses pemancaran atau penyerapan zarah beta yang menyebabkan nombor atom sesuatu nukleus atom bertambah atau berkurang sebesar satu unit tanpa mengubah nombor jisimnya. Nombor atom bertambah sebesar +1 apabila berlaku pancaran zarah-b negatif atau pancaran elektron dan berkurangan sebesar -1 apabila berlaku pancaran zarah-b positif positron atau proses tawanan elektron. |
population density function of crystallization | fungsi ketumpatan populasi hablur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi yang ditakrifkan sebagai cerun fungsi agihan bertambah penghabluran yang dijelaskan sebagai N = d(N/V)/dL, dengan n = fungsi ketumpatan populasi hablur, (N/V) = fungsi agihan bertambah penghabluran, L = saiz hablur. Dengan pengetahuan fungsi ini, panjang, berat, keluasan dan parameter kinetik penghabluran boleh dianggarkan. |
airlight | cahaya uda | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kecerahan ketara objek jauh yang dilihat oleh pemerhati. Kecerahan ini bertambah apabila dilihat pada siang hari akibat penyerakan cahaya matahari ke arah pemerhati oleh zarah-zarah yang terapung di dalam atmosfera, dan molekul-molekul udara. Cahaya udara bertambah dengan jarah objek disebabkan pertambahan agen-agen penyerak. |
normal inspection | pemeriksaan normal | Matematik | Tiada | Bilangan barang yang dimerinyu seperti yang ditentukan oleh rancangan pemerinyuan pensampelan pada peringkat permulaan; sekiranya kualiti keluaran bertambah, bilangan unit yang akan dimerinyu berkurangan; jika kualiti merosot, maka bilangan unit yang akan dimerinyu bertambah. |