Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat;: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
over compoundingmajmuk lebihTeknikElektrikBerkaitan dengan mesin penjana majmuk a.t. yang voltannya bertambah apabila beban bertambah melebihi had voltan biasa mesin tersebut.
centrifugal forcedaya emparanSains SukanBiomekanikDaya yang mengarah ke luar pusat putaran. Daya emparan bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah dan berkurang apabila saiz jejari bertambah.
centripetal forcedaya sentripetalSains SukanBiomekanikDaya yang mengarah ke dalam pusat putaran. Daya sentripetal bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah, dan berkurang apabila saiz jejari bertambah.
sudden change reportlaporan perubahan mendadakMeteorologiMeteorologi PerhubunganLaporan meteorologi khas yang dipancarkan oleh stesen untuk menunjukkan keadaan cuaca bererti yang bertambah buruk atau bertambah baik terutamanya untuk penerbangan.
unstable wavegelombang tak stabilSainsHidrometeorologiGerak gelombang yang amplitudnya bertambah dengan masa atau jumlah tenaganya bertambah dengan kesan negatif terhadap persekitaran.
temperature inversionsongsangan suhuFizikHaba1. Fenomena suhu yang bertambah dengan altitud di lapisan atmosfera. 2. Fenomena suhu yang bertambah dengan kedalaman air dalam laut atau tasik.
flow, retardedaliran terbantutHidrologiTiadaAliran di suatu titik tertentu yang halajunya bertambah kurang mengikut masa atau halajunya bertambah kurang di sepanjang suatu garis laluan.
increasing pitchpic meningkatKejuruteraanKejuruteraan MekanikKeadaan apabila jarak antara setiap putaran heliks berikutnya akan bertambah seperti pada mata gerudi. Keadaan yang sama juga berlaku apabila pic bilah yang berikutnya bertambah panjang diukur dari pusat ke lilitan. Contohnya, bilah turbin atau bilah pemampat berbilang peringkat.
beta decayreputan betaFizikAtom dan NuklearProses pemancaran atau penyerapan zarah beta yang menyebabkan nombor atom sesuatu nukleus atom bertambah atau berkurang sebesar satu unit tanpa mengubah nombor jisimnya. Nombor atom bertambah sebesar +1 apabila berlaku pancaran zarah-b negatif atau pancaran elektron dan berkurangan sebesar -1 apabila berlaku pancaran zarah-b positif positron atau proses tawanan elektron.
population density function of crystallizationfungsi ketumpatan populasi hablurKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi yang ditakrifkan sebagai cerun fungsi agihan bertambah penghabluran yang dijelaskan sebagai N = d(N/V)/dL, dengan n = fungsi ketumpatan populasi hablur, (N/V) = fungsi agihan bertambah penghabluran, L = saiz hablur. Dengan pengetahuan fungsi ini, panjang, berat, keluasan dan parameter kinetik penghabluran boleh dianggarkan.
12345678910...

Kembali ke atas