Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. “___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak ,” kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. “ Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. “ ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,”kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja. | Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari semakin menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja. 4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali. 5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu sangat baik untuk fizikal dan mental kita. 7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita. 9. “Baik lelaki mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung. 10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja. | Tatabahasa | 06.10.2021 |
perkataan berlawanan dengan dinamik? | Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan, perkataan berlawanan yang hampir dgn dinamik ialah pasif (walau bagaimanapun perkataan berlawanan yg paling tepat bagi pasif ialah aktif) | Lain-lain | 02.08.2007 |
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan untuk produk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA" | Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi" | Tatabahasa | 13.11.2007 |
teguh | Antara makna teguh ialah tegap, kukuh, keras, bertenaga, dan berdaya. | Makna | 21.05.2010 |
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan atau "tagline" untuk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA" | Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi" | Tatabahasa | 13.11.2007 |
Jelaskan maksud dinamika dalam kepimpinan wanita | Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai; | Makna | 22.07.2010 |
What is the BM translation for 'Energy Drink', as in 'Power Root Energy Drink'? Is it 'Minuman Bertenaga' or 'Minuman Tenaga'? | Terjemahannya ialah minuman tenaga. | Istilah | 14.12.2007 |
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya' | Tidak ada perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya" dan "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya 2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu. | Ejaan | 12.02.2019 |
Ingin bertanya maksud ayat ini dalam Bahasa Melayu: My body feels as if it was falling apart. Badan saya terasa seakan-akan...? Terima kasih | Tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. "Falling apart" mungkin bermaksud sangat lemah, tidak bertenaga atau tidak berdaya. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.10.2016 |
Assalamualaikum. Saya memerlukan bantuan pihak DBP untuk mencari terjemahan yang tepat bagi dua ungkapan dalam Bahasa Inggeris ini : 1)Allah knows best 2) Ready for Ramadan Ya, jika diterjemahkan, berbunyi "Allah mengetahui yang terbaik dan "bersedialah untuk Ramadan". Mungkin DBP boleh membantu saya jika boleh diterjemahkan dalam ungkapan yang lebih bertenaga dan bermakna. Akhir sekali, saya ingn bertanya mengenai ketepatan ejaan untuk istilah "Pra Ramadan" ..."PraRamadan" atau "Pra-Ramadan" atau "Pra Ramadan". Terima kasih. | Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk “Allah knows best” dan “ready for Ramadan" ialah Allah mengetahui perkara yang terbaik dan bersedialah menghadapi Ramadan. Ejaan yang betul ialah pra-Ramadan. | Makna | 16.03.2021 |