Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)