Keris Bertulis | Keris Bertulis | Keris | Tiada | Keris yang diterap dengan tulisan Jawi pada kedua-dua belah bahagian mata. |
aqd tawthiq | akad bertulis | Perniagaan Islam | Tiada | Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad. Contohnya, akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian. |
written rule | peraturan bertulis/undang-undang bertulis | Sejarah | Tiada | Tiada |
written vocabulary | perbendaharaan kata bertulis/kosa kata bertulis | Pendidikan | Tiada | Tiada |
criticism of source | kritikan sumber | Sejarah | Tiada | Penyelidikan sejarah yang berdasarkan sumber-sumber bertulis atau tidak bertulis yang seharusnya diuji kebenarannya dalam proses penafsiran bukti. |
net written premium | premium bertulis bersih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Premium bertulis kasar yang ditolak premium insurans semula yang telah disidkan kepada insurer lain. |
treaty | perjanjian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan bertulis yang ditandatangani oleh dua pihak atau lebih. Persetujuan bertulis ini untuk mengikat pihak yang menandatangani dokumen perjanjian dan mereka dikehendaki oleh undang-undang antarabangsa untuk mematuhi segala perkara yang telah dimeterai. Persetujuan ini merangkumi aspek seperti ekonomi, kebudayaan, pendidikan, politik, sosial dan diplomasi. Contohnya, Perjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824. |
recension | resensi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Versi bertulis yang muncul melalui proses revisi (ulang lihat) atau kritikan tekstual. Versi bertulis juga muncul melalui proses pembinaan semula teks daripada beberapa versi yang berbeza melalui kaedah filologi. 2. Perbicaraan mengenai sesuatu hasil karya (buku, kaset, filem, DVD) dengan tujuan untuk mempromosi dan memperkenalkannya kepada masyarakat. Resensi berasal daripada perkataan Latin recenseve yang bermaksud �melihat kembali, menimbang atau menilai�. |
policy paper | kertas dasar | Komunikasi | Korporat | Maklumat bertulis mengenai sesuatu isu atau persoalan yang mewakili falsafah, misi, visi, undang-undang, peraturan, dan catatan keseluruhan aktiviti sesebuah organisasi. Maklumat bertulis ini berfungsi sebagai alat menjelaskan proses perancangan, pergerakan, dan tindakan sesebuah organisasi mengenai isu atau persoalan yang melibatkan kepentingan organisasi berkenaan. |
bill of wxchange | bil pertukaran | Pentadbiran | Tiada | Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh penyuruh bayar kepada pesuruh bayar untuk menjelaskan sejumlah wang kepada orang yang namanya dinyatakan dalam arahan bertulis tersebut dengan serta-merta atau dalam sesuau tempoh tertentu. |