tutur | bertutur bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Malaysia dgn fasihnya. | Kamus Pelajar |
tutur | penutur orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu. | Kamus Pelajar |
tutur | 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. | Kamus Pelajar |
cakap I | apa-apa yg diucapkan; tutur; kata. ~ ajuk cakap spt yg dituturkan oleh penutur asalnya. ~ angin cakap yg tidak ada isi dan tidak berfaedah; omong kosong. ~ besar cakap yg membesar-besarkan diri sendiri. ~ mulut bahasa yg digunakan dlm perbualan sehari-hari. ~ pindah cakap yg sudah diubah bentuknya menjadi laporan. bercakap 1. menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2. menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. bercakap-cakap berbual-bual; beromong-omong:Ia sedang ~ dgn kawannya semasa saya tiba. mempercakapkan 1. bercakap(-cakap) ttg sesuatu; memperkatakan: Tidak sesiapa pun yg dibenarkan ~ hal-hal itu di khalayak ramai. 2. menggunakan sesuatu bahasa utk melahirkan atau utk menyatakan sesuatu; menuturkan sesuatu: Bahasa Melayu dipercakapkan oleh lebih drpd 100 juta manusia. percakapan 1. perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2. apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. | Kamus Pelajar |