Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa.ya]/[ber.u.pa.ya] | براوڤاي

Definisi : 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa.ya]/[ber.u.pa.ya] | براوڤاي

Definisi : 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOTROF

Autotrof, istilah biologi yang merujuk kepada organisma yang berupaya mensintesis makanan organik daripada sebatian bukan organik.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
SENJATA

Senjata. Senjata memainkan peranan penting

dalam sejarah manusia. Senjata membantu

manusia menakluk dan meneroka hutan belantara

yang besar dan luas dan mempertahankan rumah

tangga dan keluarga mereka daripada musuh.

Negara menggunakan senjata untuk melakukan

peperangan. Mereka terus membuat senjata baru

yang berupaya membunuh ramai manusia.

Ramai orang percaya bahawa senjata nuklear

ialah suatu ancaman yang paling besar terhadap

manusia disebabkan kuasa pemusnahnya yang

amat dahsyat.

UMUM 
KELIANGAN

Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau

ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam

sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang

tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan

cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan

berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya

terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan

pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu

adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini

biasanya berupaya menyerap cecair dan gas.

UMUM 
TENAGA NUKLEAR

Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga

atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah

diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari

yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang

menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada

perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan

jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini,

terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik.

Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan

sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear

dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan

kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta

tahun.

UMUM 
PHAËTHON

Phaëthon dalam mitologi Yunani, ialah putera

Helios dewa matahari, dan Clymene, dewi laut.

Untuk mengetahui sama ada Helios adalah

bapanya yang sebenar, Phaëthon mengembara ke

istana dewa matahari di timur. Di sana, untuk

menenangkan Phaëthon, Helios berjanji akan

menunaikan sebarang permintaannya. Phaëthon,

secara terburu-buru, meminta untuk memandu

rata matahari merentasi langit untuk satu hari.

Helios, dengan hati yang berat, membenarkannya,

tetapi Phaëthon, sebagai makhluk biasa, tidak

berupaya mengawal kuda berapi yang menarik

rata tersebut.

UMUM 
PENDIDIKAN GURU

PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
MANANG

MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM 
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 

Kembali ke atas