Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bes.ta.ri] | بستاري

Definisi : 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bes.ta.ri] | بستاري

Definisi : 1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bestari

Puisi
 

Seladang mati di padang,
     Mati dipanah raja bestari;
Kalau ada anak perempuan,
     Kalau pinang ayahnya tak beri.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berlari macam kuda, Bangun pagi-pagi, Bestari masih muda, Belajar tinggi-tinggi.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Konon namanya Negeri Spaoh, Penduduk kampung bijak bestari; Pedagang datang dai jauh, Hendak melabur membuat industri.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Seladang mati di padang, Mati dipanah raja bestari; Kalau ada anak perempuan, Kalau pinang ayahnya tak beri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau berlawan lumba lari, Baik dilangsung waktu pagi; Kalau berkawan pelajar bestari, Dunia akhirat tidakkan rugi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kami pergi memukat, Tertangkap ikan pari; Suami isteri sepakat, Anak bijak bestari.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Hendak ke kubur Jalan Menteri, Masuk sekolah Merpati Jepang; Walau masyhur bijak bestari, Busuk budi orang tak pandang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas