Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sis.wa] | بياسيسوا

Definisi : wang yg diberikan kpd pelajar utk membiayai atau membantu membiayai pelajarannya (biasanya di maktab atau di universiti); berbiasiswa mempunyai biasiswa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sis.wa] | بياسيسوا

Definisi : wang bantuan yg diberikan kpd pelajar atau kpd mahasiswa utk membantu mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasiswa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajara atau ditawarkan biasiswa. tuan..(kerajaan menawari saya biasiswa. kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya)..adakah betul pandangan saya ? tq

Ayat yang betul ialah:

1. Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

2. Kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya.

Tatabahasa19.09.2011
salam berkenaan Biasiswa Sarjana Tun Syed Nasir, adakah biasiswa sarjana ini baru diperkenalkan pada tahun ini, apa yang saya tahu, tahun-tahun sebelum ini biasiswa ini hanya dibuka kepada calon ijazah sarjana muda sahaja, dan adakah biasiswa sarjana ini akan dibuka setiap tahun. Terima kasih.Untuk maklumat lanjut tentang tawaran biasiswa ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479000 atau kemukakan e-mel pertanyaan kepada Ketua Bahagian, Encik Azhar Mohamad Dora melalui azhar@dbp.gov.my.Lain-lain21.09.2014
Saya nama Nurhayati Chekhor belajar bahasa melayu dasa ingin bertanya makna BiasiswaBiasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran.Makna28.10.2015
Saya nama Nurhayati Chekhor belajar bahasa melayu dasa ingin bertanya apakah makna BiasiswaBiasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran.Makna28.10.2015
nama saya Nurhayati Chehor belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna BiasiswaBiasiswa ialah wang bantuan yang diberikan kepada pelajar atau kepada mahasiswa untuk membantu mereka.Makna09.11.2015
Saya nama Nurhayati chekhor belajar bahasa melayu dasar inginkan bertanya tentang tata bahasa apakah makna biasiswaBiasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran.Makna28.10.2015
Assaalamualaikum... Bagaimana untuk mendapatkan borang biasiswa DBP. dan apakah syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut? Bilakah borang akan dikeluarkan?Borang biasiswa DBP boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tingkat 7 Menara DBP.Iklan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan sekitar bulan Mei/Jun 2008.Syarat-syarat tawaran ialah telah mendapat tempat untuk ijazah pertama dalam bidang bahasa/sastera/penerbitan di IPT tempatan dan lulus dengan cemerlang dalam STPM.  Lain-lain10.03.2008
Nurul Syuhada Mar 19th, 10:51am Adakah DBP ada menyediakan biasiswa untuk pelajar lepasan SPM?DBP tidak menyediakan biasiswa untuk lepasan SPM, tetapi DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di institusi pengajian tinggi dalam negeri iaitu, Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail.Lain-lain19.03.2015
Khairul Ashraaf RAB 11.41 PTG Assalamualaikum,.. Saya Khairul Ashraaf, saya ingin bertanya, mengenai Biasiswa Tun Syed Nasir DBP. Adakah biasiswa tersebut masih ditawarkan pada sesi pengajian tahun ini? dan jika masih ditawarkan, bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa tersebut?Wassalam. Untuk makluman, biasiswa tersebut tidak ditawarkan untuk tahun ini. Sekiranya terdapat apa-apa pengumuman, pihak tuan boleh mendapat maklumat melalui laman rasmi DBP.Lain-lain13.09.2017
untut Tajuk bagaimana huruf untuk kata sendi 1. Permohonan Jalan di Parit Satu atau Permohonan Jalan Di Parit Satu 2. Pertanyaan Tentang Biasiswa atau Pertanyaan tentang BiasiswaAyat yang gramatis dengan tanda baca yang betul ialah: 1. Permohonan Jalan di Parit Satu; dan 2. Pertanyaan tentang Biasiswa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.03.2012
1234

Kembali ke atas