Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : 1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : sl sj perahu perang: maka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg datar lagi tertentu luasnya: Kotak itu enam ~nya. 2 terbuka dgn lebar; luas: Dadanya ~. 3 ukuran panjang yg besarnya lebih kurang 5 hasta: Berapa ~nya tikar ini? 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg luas spt layar, tanah: Saya memiliki dua ~ tanah sawah di kampung. 5 sesuatu jurusan ilmu pengetahuan, penyelidikan dsb yg diikuti; lapangan hidup yg dijalani: Kita masih ketinggalan dlm ~ ekonomi. ~ kuasa kuasa yg telah ditetapkan batasannya dan diberikan kpd sesebuah badan kerajaan atau pejabat sesuatu jawatan utk membolehkannya menjalankan tugas dgn berkesan. membidangkan 1 membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2 mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3 membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. pembidangan perbuatan atau hal membidangkan; pengelompokan mengikut bidang (lapangan) yg sama. pembidang bingkai tempat membentangkan atau tempat meregangkan kulit (kain tenunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidang

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

576

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Anak kera hendak diajar memanjat

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, ejaan untuk bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologii dan sebagainya, perlu menggunakan huruf besar pada permulaan perkataan? Contoh bidang Anatomi atau bidang anatomi?Nama khas bidang ilmu ditulis dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologi.Ejaan21.09.2022
di pelbagai bidang atau dalam pelbagai bidang? yang manakah ayat yang betul

Penggunaan frasa yang betul ialah “dalam pelbagai bidang”.

Tatabahasa07.10.2024
Bagaimanakah sesebuah bahasa itu dapat dikembangkan melalui penggunaan bahasa melayu moden?Sesebuah bahasa boleh dikembangkan melalui proses pemupukan bahasa yang bererti menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran, sains angkasa lepas, kehakiman dan sebagainya juga membantu memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu moden.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Bidang Sukan Apakan ejaan sebenar bagi kabadi dalam teks BM dan BI.Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) belum merakamkan maklumat berkaitan acara sukan kavadi atau kabadi. 

Yang terakam hanya kata:

kavadi

كاۏادي kata nama

benda berhias yang diusung atas bahu oleh penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam untuk memuja Dewa Subramaniam.
Ejaan14.11.2024
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih

Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa22.03.2022
Mana ayat yang betul? antaranya yang berkaitan bidang kuasa negeri ATAU antaranya berkaitan bidang kuasa negeri ...penggunaan perkataan "yang". mohon penjelasan terima kasihJawapan yang betul ialah "... antaranya yang berkaitan dengan bidang kuasa negeri ..."Lain-lain22.05.2022
Apakah definisi bagi istilah atau bidang 'falsafah bahasa'. Adakah DBP mempunyai pangkalan definisi daripada pengkaji-pengkaji saintifik yang pernah mendefinisikan bidang ini melalui penyelidikan.
Mengikut bidang linguistik, "falsafah bahasa" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "philosophy of language". Sekiranya pihak saudara/saudari ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan "falsafah bahasa" tersebut, saudara/saudari bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka melalui sistem Katalog Awam dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Berdasarkan semakan kami menggunakan Sistem KAWAT, terdapat banyak bahan rujukan berkaitan dengan “falsafah bahasa” di Pusat Dokumentasi Melayu.
Tatabahasa02.05.2022
Assalamualaikum tuan/puan, saya bercadang untuk menterjemahkan istilah-istilah bagi bidang undang-undang yang masih belum mempunyai terjemahan dalam bentuk glosari. Soalan saya adakah apa-apa garis panduan untuk membuat glosari ini? Serta bagaimanakah saya boleh menghantar untuk disemak oleh pihak DBP?Istilah dalam sesuatu bidang/subbidang akan digubal, disemak, dan disahkan melalui penubuhan jawatankuasa bukan secara individu. Jawatankuasa terdiri daripada pakar bidang yang merupakan ahli akademik, pengamal industri, penjawat awam/swasta yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu. Penerbitan buku istilah dikategorikan kepada daftar istilah, glosari istilah atau kamus istilah yang akan menjadi hak milik DBP atau organisasi kerjasama DBP tanpa melibatkan royalti kepada pakar bidang selaku ahli jawatankuasa.Lain-lain21.09.2021
Tuan/Puan, 1. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Pre-Emptive" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "The prime minister authorized a pre-emptive air strike against the rebels" 2. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Stand-off/Standoff" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "Standoff-based precision firepower" Terima KasihBerikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan dalam bidang ketenteraan:
1. pre-emptive: terlebih dahulu
2. standoff: jarak tempuh

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laaras bahasa. 
Makna03.08.2021
Adakah perkataan Quasi wujud dalam Bahasa Melayu? Bagaimana pula dengan perkataan Quazi dan Kuasi? Yang manakah paling tepat? Istilah bagi bidang biologiPadanan bagi istilah quasi yang tepat dalam bahasa Melayu, dalam bidang sains dan perubatan ialah kuasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.04.2024
12345678910...

Kembali ke atas