Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ja/] | بيجق

Definisi : 1. (sangat) pandai, cerdik, pintar: kau ~, kaulah seniman yg tahu menikmati kesenian alam; 2. pandai bercakap, petah lidah; 3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-cermat pd zaman inflasi ialah satu langkah yg ~; ~ bestari benar-benar bijak; golongan ~ pandai cendekiawan; kebijakan perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ja/] | بيجق

Definisi : selalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak

Puisi
 

Anak cicak anak keredek,
     Rama-rama menyusur pantai;
Dia bijak saya cerdik,
     Sama-sama mengadu pandai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Bermaksud :

Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek.
Kurik Kundi Merah SagaAnak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai.
Kurik Kundi Merah SagaHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.
Kurik Kundi Merah SagaPakai tanjak pergi ke Acheh, Sarat pula baju jubahnya; Biar bijak jodoh dipilih, Kalau tidak kecewa padahnya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina.
Kurik Kundi Merah SagaKumbang berdengung memakan kelicap, Mari diikat benang setuli; Orang Dungun sungguhlah bijak, Pandai sungguh mengambil hati.
Kurik Kundi Merah SagaRumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka.
Kurik Kundi Merah SagaApi-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan.
Kurik Kundi Merah SagaGulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju.
Kurik Kundi Merah SagaBunga malai jatuh ke laut, Digulai itik bersama laksa; Apa soal tidak disahut, Sungguhlah bijak belum dewasa.
12

Kembali ke atas