Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ja/] | بيجق

Definisi : 1. (sangat) pandai, cerdik, pintar: kau ~, kaulah seniman yg tahu menikmati kesenian alam; 2. pandai bercakap, petah lidah; 3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-cermat pd zaman inflasi ialah satu langkah yg ~; ~ bestari benar-benar bijak; golongan ~ pandai cendekiawan; kebijakan perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ja/] | بيجق

Definisi : selalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak

Peribahasa

Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Bermaksud :

Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasih tidak bersekutu dengan bijak.Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam.Orang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. diperut = digulung kecil-kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas