Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bi.ngan] | بيمبيڠن

Definisi : perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dll), pimpinan: mereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yg terkenal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bi.ngan] | بيمبيڠن

Definisi : 1 kata pendahuluan; kata pengantar. 2 petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. ERTI "BIMBINGAN" DALAM KAMUS DEWAN BAHASA? 2. "BIMBINGAN" DALAM SEKTOR PERGURUAN?

1. Bimbingan ialah perbuatan membimbing, iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu.

2. Bagi makna bimbingan dalam sektor perguruan, saudara perlu merujuk sektor tersebut kerana ia mungkin mempunyai konsep yang tertentu.

Makna05.05.2009
BIMBINGAN SEMAKAN TATABAHASA DAN EJAANPihak kami akan mengambil masa yang lebih lama bagi menyemak artikel puan. Oleh itu, puan perlu menghantar permohonan semakan dokumen melalui e-mel. Sila e-mel artikel puan kepada ayu@dbp.gov.myLain-lain30.12.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Penggunaan huruf kecil atau besar untuk 'cikgu'. Contoh: '...di bawah bimbingan cikgu Hamid' atau '...di bawah bimbingan Cikgu Hamid'?Alaikumussalam.

Cara penulisan yang betul untuk soalan puan ialah: '.... bawah bimbingan Cikgu Hamid'.

Jika perkataan "cikgu" itu umum, tidak diikuti dengan nama khas, ejaan "cikgu" kecil.  Contoh: '...bawah bimbingan cikgu'.
Lain-lain13.12.2014
Saya ingin bertanya maksud 'anticipatory guidance' dalam bahasa Melayu. Ini adalah untuk penggunaan dalam menghasilkan Buku Garis Panduan kami dalam bahasa Melayu.Sekiranya konsep "anticipatory guidance" merupakan kaedah bimbingan  secara bertulis, pihak kami mencadangkan istilah ini diterjemahkan sebagai "panduan awal", bimbingan jangkaan" atau "bimbingan permulaan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.Istilah25.08.2020
Mohon bimbingan pihak tuan mengenai ayat berikut beserta penjelasannya. 1. Dinding dewan itu kami (hiasi,hiaskan) dengan poster -poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu kami (warnakan,warnai) dengan cat merah dan hijau. Terima kasih.1. Dinding dewan itu telah kami hias dengan poster-poster bertemakan kemasyarakatan.
2. Mural bunga raya itu akan kami lukis dengan cat merah dan hijau.
Ayat pasif kata ganti diri pertama diikuti dengan kata kerja dasar, "kami hias" dan "kami lukis".
Tatabahasa09.11.2020
Penggunaan yang betul. 1. Guru memberi bimbingan segera kepada murid-murid... @ guru segera memberi bimbingan kepada murid-murid... 2. membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan... @ membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan... 3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan @ 2. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan 4. Guru menayangkan video @ guru menayang video 5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.1. Guru memberi bimbingan kepada murid-murid.
2. Membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan ... Membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan .... Kedua-dua ayat itu betul. 
3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan. Menandai dan menandakan kedua-duanya betul. 
4. Guru menayangkan video .... 
5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya.
Tatabahasa26.11.2012
salam, Tuan yang arif, apakah yang dimaksudkan dengan scaffolding dalam bahasa Melayu? adakah perancah atau bimbingan... scaffolding model in education = model bimbingan dalam pendidikan? terima kasih.Dalam bidang Kejuruteraan scaffolding ialah perancah, manakala dalam konteks yang tersebut terjemahan yang sesuai ialah bahan.Istilah14.10.2011
Apakah istilah terbaik untuk 'coaching and mentoring? Istilah 'jurulatih dan mentor' dirasakan kurang tepat. Bolehkan ditukar kepada bidang bimbingan dan pementoran? Terima kasih.Istilah "bimbingan" dan "pementoran" adalah betul dan boleh digunakan.Istilah06.02.2014
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang tidak sesuai dalam ayat tersebut dan apakah pengganti bagi perkataan tersebut?Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut. Tatabahasa20.03.2011
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang salah terdapat di atas dan mengapakah perkataan tesebut salah?Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut Tatabahasa17.03.2011
123456789

Kembali ke atas