Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ro.kra.si] | بيروکراسي

Definisi : 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; membirokrasikan 1. mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir; 2. ki mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yg banyak peraturan (kerenah dll): tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu: ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ro.kra.si] | بيروکراسي

Definisi : 1 sistem pemerintahan yg dijalankan oleh pegawai-pegawai yg tidak dipilih oleh rakyat. 2 cara pemerintahan yg sangat-sangat dikuasai oleh pegawai kerajaan. 3 cara pentadbiran yg banyak melibatkan peringkat dan peraturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata birokrasi