biscuit (ceramic) | biskut (seramik) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang dihasilkan secara kasar dan masih kelihatan serpihan pasir pada permukaan tembikar sehingga rupanya seperti biskut. Pada permukaan tembikar ini ada pasir timbul atau kesan mengerutu. |
enrobing | penyalutan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Proses melitup makanan seperti nougat, biskut, fondan dan karamel dengan coklat. Penyalutan makanan tersebut dilakukan dengan meletakkan makanan di atas sawat penyampai yang bergerak dan melalui curahan coklat. |
leavening agent | agen penaik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan atau campuran bahan yang membebaskan gas dan menyebabkan isi padu doh bertambah dalam proses pembuatan makanan seperti kek dan biskut. Contoh, ammonium bikarbonat, natrium bikarbonat dan ammonium fosfat. |
dehydrated food/ dried food | makanan dehidrat | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Makanan yang telah disingkir sebahagian air atau lembapannya sehingga mengandungi tidak lebih daripada 20%. Contoh, buah-buahan kering mengandungi 15-20% lembapan, susu tepung mengandungi 2-3% lembapan, dan biskut mengandungi 3-5% lembapan. |