Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.gél] | بوݢيل

Definisi : /bogél/ tidak ditutupi apa-apa pun (bkn badan): telanjang ~ telanjang bulat. berbogel berada dlm keadaan bogel; bertelanjang: Bayi yg ~ itu sedang dimandikan oleh ibunya. membogelkan membuat supaya bogel: Banduan-banduan itu dibogelkan. kebogelan 1 keadaan bogel. 2 dlm keadaan bogel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bo.gél] | بوݢيل

Definisi : (bogél)1. tidak memakai sebarang pakaian, telanjang: dia dijumpai mati dlm keadaan ~; telanjang ~ telanjang bulat; bunga ~ bunga yg tidak mempunyai ranggi; 2. tidak mempunyai sebarang hiasan (di badan, di dlm bilik, di rumah, dsb): dia ~ saja, tidak ada satu pun barang kemas di badan; ruang tamunya ~ saja; berbogel bertelanjang: anaknya yg masih kecil ~ lagi; membogelkan menelanjangkan: dia ~ anaknya sebelum memandikannya; kebogelan dlm keadaan bogel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bogel


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Maharaja BogelAndersen, Hans ChristianBerita Minggu01.03.1998
Peristiwa bogel di Sekayu: siapa nak disalahkan?M. Hanafiah A. SamadBerita Minggu26.07.1981
Mat Bogel di Racun?Goenawan MahmudUtusan Zaman12.03.2000
Ikhtibar kisah Maharaja BogelUngku A. AzizBerita Minggu01.03.1998

Kembali ke atas