Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)

647

Words once spoken you can never recall

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words once spoken you can never recall . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(104)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya, bolehkah pihak DBP senaraikan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi yang terkandung di dalam Memorandum ASAS 50 1954? Sekiranya tidak boleh, boleh pihak DBP cadangkan ke mana soalan ini harus ditujukan agar diperolehi jawapan? Terima kasih

Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) diwujudkan di Singapura pada tahun 1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk meluaskan dan meninggikan mutu sastera Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan membuat pembaharuan dalam sastera Melayu. Walau bagaimanapun, kami tidak ada maklumat berkenaan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi dalam Memorandum ASAS 50 1954. Mungkin tuan boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui carian di Internet atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Lain-lain01.09.2021
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata bantu dapat dan boleh. Dapat dan boleh membawa maksud keupayaan. Kata bantu boleh juga digunakan untuk mendapat keinginan. Sila berikan nasihat tentang ayat berikut:~ Soalan Peperiksaan kertas Model PT3- "Anak saya berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikal," kata Pak Ali kepada Pak ABu. Pilihan yang ada A. Sudah mahu menunggang basikal B. Dapat sudah menunggang basikal C. sudah dapat menunggang basikal D. Sudah boleh menunggang basikal Jawapan yang disediakan dalam buku kertas model PT3 untuk soalan ini ialah sudah dapat menunggang basikal.Perjelasan: Frasa kerja sudah boleh menunggang salah kerana penggunaan kata bantu boleh sepatutnya menjadi dapat yang bermaksud berupaya menunggang basikal. Persoalannya ialah boleh dan dapat sebenarnya boleh digunakan untuk menunjukkan keupayaan dan kebolehan. Adakah jawapan yang diberikan itu betul . Apakah jawapan yang lebih tepat? Sila berikan nasihat. Terima kasih.Kedua-dua perkataan dapat dan boleh bermaksud berkeupayaan atau berpeluang untuk melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang tepat bergantung pada konteks ayat. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah  Anak saya yang berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikalTatabahasa16.11.2021
Apakah padanan bagi "Ether extractable matter". Adakah boleh dipadankan dengan "jirim boleh larut eter"? Bagi istilah "intermediate" dalam kontek pemakanan, adakah boleh dipadankan dengan "perantaraan" sahaja atau "bahan perantaraan"?

Padanan bahasa Melayu untuk "ether extractable matter" ialah jirim boleh ekstrak eter dan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "intermediate" dalam bidang pemakanan ialah perantaraan  dan bahan perantaraan.

Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna17.08.2021
Hi, boleh kah DBP tolong kita translasikan Safety Data Sheet dari bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia? Jika boleh, macam mana kita boleh dapatkan perkhidmatan ini dari DBP? Terima Kasih.Cadangan kami terjemahan dalam bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris Safety Data Sheet ialah Lembaran Data Keselamatan.  Untuk makluman tuan DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, tuan boleh hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Makna07.10.2022
Boleh saya tahu apakah definisi operasi untuk 'Status Perkahwinan'? Kerana saya sedang menulis tesis PHD dalam Bahasa Melayu dan tidak dapat mencari makna yang tepat mengenai perkataan iniMenurut Kamus Dewan Perdana, “status perkahwinan” bermaksud taraf ikatan yang sah di sisi agama atau undang-undang antara lelaki dan perempuan yang menjadikan mereka suami isteri.Makna29.08.2022
Boleh Tuan/Puan kongsikan pandangan?Frasa yang dicadangkan adalah betulTatabahasa30.06.2022
Boleh berikan istilah yang tepat bagi "sideload" Penerangan: Sideloading describes the process of transferring files between two local devices, in particular between a personal computer and a mobile device such as a mobile phone, smartphone, PDA, tablet, portable media player or e-reader.Cadangan terjemahan bagi sideload ialah "muat sisi"Makna12.04.2022
Boleh terangkan penggunaan singkatan perkataan yang betul? mana yang perlu diletak titik, mana yang tidak perlu contoh: cth nombor: no. telefon: tel. dan sebagainya: dsb dan lain-lain: dll Bolehkah semua singkatan ini digunakan dalam laporan rasmi kerajaan? Terima kasihPerkataan yang disingkatkan perlu diletak titik, seperti no. (nombor), tel. (telefon), dan kg. (kampung). Walau bagaimanapun ejaan dua patah kata ayau lebih lazimnya tidak diletak titik, seperti KP (kad pengenalan, TB (telefon bimbit) dll (dan lain-lain).Ejaan07.04.2022
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih.Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna24.03.2022
boleh kah saya menggunakan kata jeladeri untuk menggantikan kata lautan? adakah ianya diterima jika digunakan di SPM?Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, maksud "jeladeri" ialah lautan yang dikelaskan sebagai sl iaitu slanga. Jika ingin menggunakan dalam urusan rasmi, perkataan lautan perlu digunakan.Makna18.02.2022
12345678910...

Kembali ke atas