Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tekediang[t«.k«.di.jAN]kata adjektif1. berkenaan dengan kepala yang tidak boleh digerakkan kerana sakit pada bahagian leherPasai silap bantai dia tekediang.[pA.sAj si.lAp bAn.tAj di.jA t«.k«.di.jAN]Sebab tersilap bantal kepalanya tidak boleh bergerak.
mumbang[mum.bAN]kata namatempurung kelapa yang masih lembut dan boleh dimakanBini Mat tu mengidam nak makan mumbang. Mana nak pi cari?[bi.ni mAt tu m«.Ni.dAm nA/ mA.kAn mum.bAN mA.nA nA/ pi tSA.Òi]Isteri Mat itu mengidam hendak makan tempurung kelapa yang masih lembut. Di mana boleh dapat?
kebarok[k«.bA.Òo/]kata namasisa lauk kenduri yang masih boleh dimakan; kemarok.Lepaih kenuri sapa-sapa hat tinggai buleh makan kebarok dengan roti bengali.[l«.pAC k«.nu.Òi sA.pA.sA.pA hAt tiN.gAj bu.leh mA.kAn k«.bA.Òo/ d«.NAn Òo.ti b«.NA.li]Lepas kenduri siapa-siapa yang tinggal boleh makan kebarok dengan roti bengali.
   2. akan mendapat kemahiran baru berkenaan bayiBulan lepaih budak ni buleh merangkak, bulan ni nak muleh takteh kot.[bu.lAn l«.pAC bu.dA/ ni bu.leh m«.ÒAN.kA/ bu.lAn ni nA/ mu.leh tA/.teh kot]Bulan lepas budak ini boleh merangkak, bulan ini boleh tatih agaknya.
   2. berkenaan dengan ikan tertentu (seperti kembung, terubuk) yang boleh diperolehi dengan banyak pada sesuatu ketikaTerubok la ni murah pasai dok tengah jujoh.[t«.Òu.bo/ lA ni mu.ÒAh pA.sAj do/ t«.NAh dZu.dZoh]Terubuk sekarang murah sebab banyak.
hemoi[hE.moj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang boleh bermuka-muka untuk mencapai sesuatu tujuanHang pandai hemoi, elok hang masok politik.[hAN pAn.dAj hE.moj E.lo/ hAN mA.so/ p.li.ti/]Awak pandai bermuka-muka, baik awak masuk politik.
cerodong III[tS«.ҍ.doN]kata adjektifterlalu berani hingga boleh memudaratkan diri.Awat yang cerodong sangat budak ni, bawak moto macam ribot.[A.wAt jAN tS«.ҍ.doN sA.NAt bu.dA ni bA.wA m.t mA.tSAm Òi.bot]Mengapa berani sangat budak ni, bawa motosikal macam ribut.
kemarok[k«.mA.Òo/]kata namasisa lauk kenduri yang masih boleh dimakan; kebarok.Habeh kenuri depa bawak balek kemarok.[hA.beh k«.nu.Òi dE.pA bA.wA/ bA.le/ k«.mA.Òo/]Habis kenduri mereka semua bawa balik kemarok.
rempang I[Ò«m.pAN]kata kerjamelakukan sesuatu tanpa berfikir dan boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lainJangan rempang kalu bawak moto dalam kampong.[dZA.NAn Ò«m.pAN kA.lu bA.wA/ m.t dA.lAm kAm.poN]Jangan membahayakan diri kalau menunggang motorsikal dalam kampung.
seredak[s«.Ò«.dA]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu makanan yang kering yang tidak boleh dikira seperti beras, kopi, gula dan lain-lainBaru tengah bulan beraih dah tinggai seredak.[bA.Òu t«.NAh bu.lAn b«.ÒAC dAh tiN.gAj s«.Ò«.dA]Baru tengah bulan beras tinggal sikit sahaja.
12345

Kembali ke atas