Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenang oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di layar televisyen telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil inisiatif menganjurkan “Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu” pada 19 April 2005 terutamanya untuk SMS yang digunakan dalam situasi atau urusan rasmi (seperti untuk menyampaikan maklumat rasmi kepada pihak tertentu, baik kerajaan mahupun swasta). Kepentingan penggunaan SMS dalam situasi rasmi sememangnya tidak boleh dinafikan lagi kerana maklumat dapat disampaikan dengan pantas dalam masa yang sangat singkat. Maklumat itu juga dapat disimpan untuk kegunaan tertentu. Selain itu, risalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=22&hits=155+1ca+26a+343+386+419+5b8+5c7+5d1+5e1+671+731+8fa+920+a18+a30+ab6+ac5+c19+c32+c66+cad+

Kembali ke atas