Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat segiling, pecak setapik.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing.Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih.Kerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa.Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas