Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh dilihat

Puisi
 

Batu campur batu bulat,
     Tarah mari hujung perahu;
Nampak di mata boleh dilihat,
     Dalam hati mana nak tahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Buka mata pasang telinga,
     tutup mulut simpan di hati.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan aspek struktur dalam sesebuah sajakSecara umum, aspek struktur dalam sesebuah sajak boleh dilihat dari dua sudut, iaitu struktur fizik dan struktur dalaman. Struktur fizikal ialah bentuk yang digunakan oleh seseorang penyair seperti baris, rangkap dan sebagainya. Manakala struktur dalaman pula boleh dilihat dari segi makna puisi tersebut. Sila rujuk buku-buku berkaitan dengan analisis puisi.  Lain-lain01.03.2009
Assalamualaikum. Merujuk kepada perkara berikut: 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Bolehkah kata sendi 'di dalam' digunakan untuk ruang dalam komputer, contohnya folder. Contoh ayat: Sila simpan fail itu di dalam folder baharu. Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera,

Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Komputer adalah sebahagian daripada alat yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan ayat yang betul ialah, Sila simpan fail itu dalam folder baharu. Sekian, terima kasih.
Pengembangan29.01.2020
bagaimanakah perbezaan antara penggunaan dalam dan di dalam?Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa09.09.2013
terangkan penggunaan dalam dan didalam."Di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. "Dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa09.09.2013
apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden

Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut:

i.    Tentang perjuangan kaum wanita.

ii.    Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya.

iii.   Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita.

iv.   Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air.

Sekian dan wassalam.

Lain-lain12.03.2009
Yang manakah satu betul, di dalam petikan / dalam petikan? Terima kasih.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa04.02.2013
assalamualaikum...saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata dalam dan di dalam..'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa19.03.2012
perbezaan " mengerang,merintih, mengeluh" ?Untuk makluman, di bawah merupakan maksud bagi ketiga-tiga makna perkataan tersebut dan perbezaan dan persamaannya boleh dilihat berdasarkan maksud yang diberikan.

Mengerang:
1. Mengeluh kerana kesakitan dan lain-lain lagi
2. Mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dan lain-lain.

Merintih:
1. Mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain), mengaduh, mengeluh
2. Melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah 
3. Sedih, pilu (suara)

Mengeluh:
1. Melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih
Makna28.06.2016
Apakah perbezaan antara "bulat" dan "bundar"?Berdasarkan Kamus Dewan bundar bermaksud bujur seperti bentuk bulat yg dileperkan. Maka perbezaannya antara kedua-keduanya boleh dilihat pada bentuk, iaitu bujur.Makna08.09.2014
adakah nilai murni baik hati hanya dikhususkan menolong orang lain sahaja? bolehkah ia digunakan untuk menolong ibu bapa.Nilai murni baik hati boleh dilihat dalam hubungan sesiapa sahaja termasuklah hubungan antara kita dengan kedua-dua ibu bapa.Lain-lain19.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas