Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh dilihat

Puisi
 

Batu campur batu bulat,
     Tarah mari hujung perahu;
Nampak di mata boleh dilihat,
     Dalam hati mana nak tahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Buka mata pasang telinga,
     tutup mulut simpan di hati.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEKOMUNIKASI

Telekomunikasi ialah penghantaran dan

penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat

yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera,

lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang

paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai

jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik

yang digunakan di seluruh dunia. Sistem

telekomunikasi moden menghantar dan menerima

bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat

dalam sekelip mata.

UMUM 
BURUJ

Buruj ialah kumpulan bintang yang boleh dilihat

di dalam kawasan tertentu di langit pada waktu

malam. Perkataan buruj juga merujuk kepada

kawasan tempat kumpulan bintang tertentu

muncul.

UMUM 
MARIKH

Marikh ialah satu-satunya planet yang

permukaannya boleh dilihat secara terperinci dari

bumi.

UMUM 
NEPTUN

Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah

planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan

teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda

jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke

matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang

terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap

248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun

untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu

ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding

Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada

23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga

15 Mac 1999.

UMUM 
AURORA

Aurora ialah pancaran cahaya semula jadi di

langit yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar

pada waktu malam. Aurora di Hemisfera Utara

dikenali sebagai aurora borealis , atau cahaya

utara . Aurora di Hemisfera Selatan dikenali

sebagai aurora australis . Aurora ialah kesan

paling nyata daripada aktiviti matahari pada

atmosfera bumi.

UMUM 
AMEBA

Ameba ialah organisma halus satu sel yang

biasanya hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Ameba berbeza-beza saiznya daripada kira-kira

0.25 milimeter sehingga 2.5 milimeter lebarnya.

Sesetengah ameba hidup dalam air dan tanah

lembap. Yang lainnya hidup dalam tubuh haiwan

dan manusia.

UMUM 
KAPILARI

Kapilari ialah pembuluh darah yang paling kecil

dalam tubuh. Ia hanya boleh dilihat di bawah

mikroskop.

UMUM 
ALPHA CENTAURI

Alpha Centauri ialah sistem berbilang bintang

dalam buruj Centaurus. Ia hanya boleh dilihat

dari Hemisfera Selatan dan terletak 4.3 tahun cahaya

jauhnya (lihat Tahun cahaya ).

UMUM 
MIKROTOM

Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk

memotong bahan menjadi sangat nipis supaya

keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia

mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen,

pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan

skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat

juga Mikroskop; Mikrotomi.

UMUM 
PLUTO

Pluto ialah planet yang paling jauh dari matahari.

Hanya Pluto dan Neptun merupakan planet yang

tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop.

Ahli astronomi telah menemui kedua-dua planet ini

dengan menggunakan ilmu matematik.

UMUM 
1234

Kembali ke atas