bagaimana ingin memohon peluang pekerjaan di DBP? | Isikan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh diperolehi di Dewan bahasa dan Pustaka atau dimuat turun melalui laman web :http://www.dbp.gov.my. Sertakan juga permohonan anda dengan dokumen yang berkaitan yang dapat menyokong permohonan tersebut. | Lain-lain | 19.01.2008 |
Assaalamualaikum... Bagaimana untuk mendapatkan borang biasiswa DBP. dan apakah syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut? Bilakah borang akan dikeluarkan? | Borang biasiswa DBP boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tingkat 7 Menara DBP.Iklan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan sekitar bulan Mei/Jun 2008.Syarat-syarat tawaran ialah telah mendapat tempat untuk ijazah pertama dalam bidang bahasa/sastera/penerbitan di IPT tempatan dan lulus dengan cemerlang dalam STPM. | Lain-lain | 10.03.2008 |
1) Adakah apa-apa rujukan yang boleh diperolehi untuk penterjemahan terma saintifik dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2) Sekiranya tajuk projek penyelidikan adalah dalam bahasa Inggeris, adakah diterima sekiranya minit mesyuarat serta surat menyurat menggunakan nama projek tersebut dalam bahasa Inggeris? | 1. Untuk mendapatkan padanan istilah saintifik bahasa Melayu, puan boleh membuat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. 2. Bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan rasmi termasuk dalam penulisan minit mesyuarat dan surat-menyurat. | Makna | 05.09.2022 |
Salam sejahtera, Bagaimanakah kaedah untuk saya perolehi ebook yang bertajuk Atlas Budaya Islam? Saya lampirkan informasi berkaitan ebook tersebut. | Salam sejahtera, Untuk maklumam, carian dan pembelian buku secara e-Book DBP boleh diperolehi melalui aplikasi e-Sentral. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.04.2020 |
di manakah boleh saya rujuk tentang kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu? | Selain di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi DBP, hal-hal demikian boleh diperolehi melalui buku-buku terbitan DBP atau penerbit lain yang berada di pasaran. Sekian. | Lain-lain | 12.02.2009 |
1. Ingin mengetahui kaedah paling pantas mengetahui terjemahan isitilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2. Didapati Kamus Dewan tidak mengandungi isitlah terkini. Dimanakah rujukan isitilah bahasa Melayu terkini boleh diperolehi? | Saudara boleh menggunakan lawan sesawang DBP untuk mendapatkan padanan istilah yang dikehendaki dengan segera, sila layari www.prpm.dbp.gov.my, di ruang carian kata taipkan istilah yang hendak dicari dan saudara akan memperoleh data bukan sahaja daripada istilah tetapi dari kamus, artikel, buku, ensiklopedia, peribahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 10.11.2010 |
Salam sejahtera Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan perkhidmatan yang boleh diperolehi dari DBP. Bolehkan DBP memberi perkhidmatan proofreading atau pembetulan terhadap struktur bahasa dan ejaan bagi thesis PHD yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Sekiranya boleh, mohon pihak tuan maklumkan bagaimana saya boleh berbuat demikian. Terima Kasih dan salam hormat HARISUNDAR RAJOO TLDM LUMUT | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak pruf karya luar, kecuali karya terbitan DBP. | Lain-lain | 04.10.2016 |
Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang Hamzah Fansuri dan sumbangannya terhadap dunia sastera | Latar belakang Hamzah Fansuri boleh dirujuk pada buku Kesusasteraan Melayu Trdisional terbitan DPP, 1993, bab 9, m/surat 393 hingga 445. Buku boleh diperolehi di Pusat Dokumentasi Melayu DBP, Kedai Koperasi DBP atau di mana-man perpustakaan negeri | Lain-lain | 03.08.2007 |
1. apakah pandangan dbp terhadap perkembangan bahasa (code switching) iaitu bm ke bi dan sebaliknya. 2. sejauhmanakah pengaruh bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu dan apakah kesan2nya. 3. sekiranya saya ingin tahu lebih lanjut tentang hal di atas siapakah pegawai dbp yg boleh dihubungi atau dari mana sumber rujukan boleh diperolehi | Saudara, 'Code switching' biasanya berlaku secara spontan dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa yang menguasai dua bahasa atau lebih. Dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sempurna tidak seharusnya berlaku 'code switching'. Untuk maklumat lanjut saudara perlu membuat kajian dan rujukan kepustakaan tentang perkara ini di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui alamat khidmat1@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.10.2009 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat terangkan perkara berikut: bagaiamana "diperolehi" boleh digunakan dalam ayat secara betul? Sila beri contoh ayat. Terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah “diperoleh”. Bentuk imbuhan “diperolehi” dianggap lewah sebagaimana yang berlaku pada bentuk kata terbitan dengan awalan memper-. Contoh ayat, “Dana yang diperoleh daripada caruman pekerja dan majikan, sebahagian besarnya digunakan untuk membiayai projek kerajaan”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 181-182. | Tatabahasa | 02.08.2024 |