Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.né.ka] | بونيکا

Definisi : (bonéka)1. anak patung, anak-anakan; 2. patung (mis orang atau binatang) yg boleh digerakkan dgn menarik tali yg dilekatkan padanya, atau dgn memasukkan tangan ke dlm badannya dan menggerakkannya; 3. ki orang atau negeri yg tindaktanduknya dikawal oleh kuasa atau pengaruh luar: mereka semua ~ penjajah; pemerintah ~ pemerintah yg dibentuk dan dikuasai oleh negara lain; membonekakan, memperboneka, memperbonekakan mempermainkan (memperlakukan, menganggap, dll) spt boneka: kerajaan itu dibonekakan oleh negara-negara asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.né.ka] | بونيکا

Definisi : /bonéka/ 1 barang permainan yg dibuat menyerupai orang: patung orang. 2 ki orang yg dianggap sbg alat atau sbg barang permainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boneka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
se_______ boneka a. ekor b. buah c. sekiranya a dan b salah, sila cadangkan jawapan yang sesuai terima kasihJawapan yang paling hampir ialah sebuah boneka.Tatabahasa17.07.2019
Bagaimana saya boleh tahu dengan lebih terperinci tentang zaman transisi daripada tradisional ke moden dalam hal -hal kesenian seperti permainan boneka , penglipur lara dan drama tari .DBP telah menerbitkan pelbagai buku mengenai sejarah perkembangan sejarah drama di Malaysia. Salah satunya ialah Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah. KN DBP mencadangkan saudara merujuk bahan-bahan untuk tugasan tersebut di atas perkara drama. Bahan-bahan tersebut boleh di dapati di perpustakaan atau di laman web dengan menaip kata kunci drama. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.10.2009
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan terjemahan yang sesuai bagi "toy theatre" dan "reverspective" yang ditemukan dalam bidang kesenian? Terima kasih.Tiada maklumat berkaitan dengan “toy theatre” dan “reverspective” dalam pangkalan data. Namun istilah “toy theatre” yang digunakan di DBP ialah “Teater Boneka”. Sila berikan konteks bagi cadangan yang lebih tepat.Istilah11.08.2014
Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih.

Salam sejahtera,

Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi  asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan.

Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan.

Tatabahasa04.12.2012
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan pihak tuan bagi beberapa istilah / perkataan terapi bermain berikut : 1) plush doll play 2) magic wand play 3) bop bag play 4) puppet play 5) play therapy rituals 6) desensitization play 7) feeling faces 8) suitcase playroom Terima kasih atas bantuan pihak tuan. Saya amat menghargainya.

Salam Sejahtera. Menurut data kami, belum ada istilah untuk perkataan tersebut. Namun begitu, kami mencadangkan  padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1)   Plush doll play – mainan patung plush

2)   Magic wand play – mainan tongkat sakti

3)   Bog bag play – mainan beg bop

4)   Puppet play – mainan boneka

5)   Ritual therapy play – mainan terapi ritual

6)   Desensitization play – mainan penyahpekaan

7)   Feeling faces – wajah beremosi

8)   Suitcase playroom – mainan bilik dalam beg pakaian

Sekian. Terima kasih.
Istilah27.09.2017

Kembali ke atas