Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.né.ka] | بونيکا

Definisi : (bonéka)1. anak patung, anak-anakan; 2. patung (mis orang atau binatang) yg boleh digerakkan dgn menarik tali yg dilekatkan padanya, atau dgn memasukkan tangan ke dlm badannya dan menggerakkannya; 3. ki orang atau negeri yg tindaktanduknya dikawal oleh kuasa atau pengaruh luar: mereka semua ~ penjajah; pemerintah ~ pemerintah yg dibentuk dan dikuasai oleh negara lain; membonekakan, memperboneka, memperbonekakan mempermainkan (memperlakukan, menganggap, dll) spt boneka: kerajaan itu dibonekakan oleh negara-negara asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.né.ka] | بونيکا

Definisi : /bonéka/ 1 barang permainan yg dibuat menyerupai orang: patung orang. 2 ki orang yg dianggap sbg alat atau sbg barang permainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boneka


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BONEKA UMUM 
PUNCH DAN JUDY

Punch dan Judy ialah watak utama dalam

sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di

England . Punch ialah si bongkok yang berhidung

bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali .

Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan

Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita

jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan

itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar

dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada

kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka

pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya

mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat.

UMUM 
DALANG

DALANG, pemimpin dan tukang cerita dalam wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggunakan boneka yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita daripada Ramayana, Mahabharata dan cerita panji. Dalang merupakan tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta turut memainkan boneka tersebut. Dalang juga bertindak sebagai pawang sesuatu persembahan dengan melakukan jampi dan doa untuk keselamatan persembahan.

 

BUDAYAKonsep
BUNRAKU

Bunraku, seni persembahan boneka yang popular di Jepun.  Bunraku bermula kira-kira 400 tahun yang lalu di Osaka, Jepun.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
KUDA KEPANG

KUDA KEPANG, tarian yang menggunakan alatan boneka berbentuk kuda yang popular di Johor, ditarikan oleh orang keturunan Jawa di seluruh Nusantara.

BUDAYAAdat

Kembali ke atas