Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BOOTBUTMakna21.12.2010
Cadangan terjemahan untuk "boot camp" iaitu latihan ketenteraan yang sangat mencabar untuk rekrut baru?Tidak ada maklumat tentang boot camp dalam pangkalan data kami. Sila berikan kami konsep yang jelas tentang konteks penggunaan boot camp untuk kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan20.04.2015
mohon bantuan pihak tuan untuk mencari padanan kata dalam bahasa Melayu untuk tempat simpanan barang di bahagian belakang kereta (bahasa inggeris -boot).

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "boot" dalam bahasa Melayu ialah but.

Istilah13.10.2010
As salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang tepat untuk frasa "garage sale" dan "car boot sale" dalam bahasa Melayu. Salam Aidiladha dan selamat bertugas. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.Istilah yang dicadangkan ialah: "garage sale" = jualan garaj, "car boot sale" = jualan but kereta.Penyemakan dan penterjemahan01.10.2015
Salam sejahtera, Adakah "trunk" boleh diterjemahkan sebagai "but"? Berdasarkan DBP, "Trunk" berkait dengan "Boot" yang juga diterjemahkan sebagai "but". Contoh ayat: The trunk opened accidentally. Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, perkataan bahasa Inggeris boot diberikan padanan ‘but’ dalam bahasa Melayu. Sebagai penterjemah, makna kata mengikut kekesuaian konteks pennggunaan merupakan perkara yang sangat penting.Penyemakan dan penterjemahan31.10.2014
Apakah terjemahan bagi "on-the-go" dan "car boot sale"? Saya tahu "mudah alih" adalah bagi alat-alat atau peranti. Tapi bagaimana pula kalau untuk, contohnya, "foodtruck" dan sebagainya?Dalam Oxford English Dictionary, on the go ialah frasa tidak baku (slanga) yang membawa maksud very active or busy, manakala dalam Collins English Dictionary on the go juga frasa tidak formal untuk active or energetic. Maka terjemahannya mengikut konteks. Cadangan terjemahan "car boot sale' ialah jualan but kereta, manakala cadangan bagi "foodtruck" ialah lori atau van makanan bergerak.Penyemakan dan penterjemahan01.12.2015
Salam, saya ingin bertanyakan istilah bahagian kereta. Apakah nama bahagian kereta yang di belakang (tempat meletak barang)? Perkataan bonet digunakan untuk bahagian depan (yg menutupi enjin). Jadi, apakah nama bahagian belakangnya?Adakah but kereta? Tetapi istilah but kereta tiada dalam kamus dewan edisi keempat. Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah but. Rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan boot">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boot boot diterjemahkan kepada but dalam bahasa Melayu yang merujuk ruang mengisi barang di dalam kereta, selain bermaksud kasut.Istilah27.03.2014
Salam sejahtera, Adakah terdapat terjemahan bagi "Bootloader"? Maksud: Bootloader adalah kod yang digunakan dalam sistem pengendalian Linux(contohnya). Terima kasih.

Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi boot ialah but yang bermaksud proses memulakan atau menghidupkan kembali pengendalian komputer. Cadangan kami bagi boot loader ialah pemuat but jika bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan25.12.2019
Saya nak semak, betulkah penggunaan tatabahasa (grammar) untuk ayat ini "Muallaf Car Boot Sale"Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan tatabahasa bahasa Inggeris. Lain-lain08.02.2024
Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "partition". Contoh ayat: Creating boot partition Terima kasih.Partition diterjemahkan kepada sekatan dan pemetakan bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2016

Kembali ke atas