Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ron] | بورون

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam yg terdapat semula jadi (terutamanya dlm boraks). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ron] | بورون

Definisi : sj unsur berwarna kuning dlm bentuk hablur atau berwarna perang dlm bentuk serbuk dan digunakan dlm perusahaan keluli, kaca atau enamel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boron


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BORON

Boron ialah unsur kimia dengan simbol B. Ia

adalah unsur bukan logam yang terlampau keras.

Boron tersebar agak sekata dalam amaun yang

kecil di seluruh permukaan bumi. Sumber utama

boron dan sebatian boron ialah longgokan mineral

yang terhasil daripada penyejatan tasik dan

kumpulan air yang lain. Longgokan utama mineral

boron terdapat di Kazakhstan, Turki, Amerika

Syarikat, dan dari Peru ke Argentina di Amerika

Selatan.

UMUM 
AIR MINERAL

 Air mineral yang juga dikenali air terudara atau

air galian ialah mata air yang mengandungi jirim

mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral

termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia,

besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim

lain, termasuk juga bahan radioaktif.

UMUM 

Kembali ke atas