Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)

108

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Dulu buah dari bunga; dulu duduk daripada cangkung

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah dulu buah dari bunga; dulu duduk daripada cangkung. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
590Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit jugaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
108Don't count your chickens before they are hatchesJangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.Dulu buah dari bunga; dulu duduk daripada cangkungJust because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah dulu buah dari bunga; dulu duduk daripada cangkung. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
146You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayangThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
142You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapaThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
141You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibuThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
43A bird in the hand is worth two in the bushSesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayuWe decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwiseKami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
233When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Bertemu teras dengan beliungThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - bertemu teras dengan beliung bersua baji dengan matan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
232When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Anjing galak, babi beraniThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - anjing galak, babi berani.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
231When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Bertemu mura dengan tedungThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - bertemu mura dengan tedung.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
230When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Tahan baji oleh kelidaiThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - tahan baji oleh kelidai.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas