Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUAH UMUM 
BUAH NONA

Buah nona ialah buah daripada pokok tropika

Amerika yang kecil. Buah nona atau jantung

lembu (bullock’s heart) berbentuk hampir bulat,

diameternya adalah tujuh hingga 12 sentimeter.

UMUM 
OREN

Oren ialah buah-buahan sitrus yang popular

yang disukai oleh penduduk di seluruh dunia.

Buah oren dinilai kerana jusnya yang enak dan

kandungan vitaminnya yang tinggi. Buah ini

merupakan sumber vitamin C yang terbaik dan

juga mengandungi vitamin A dan beberapa

vitamin B.

UMUM 
SAINT VINCENT DAN GRENADINES

Saint Vincent dan Grenadines ialah negara

merdeka di Hindia Barat. Ia terdiri daripada 32

buah pulau dan beberapa buah cay (tebing pasir

yang rendah) di timur Laut Caribbean. Pulau

terbesar ialah St. Vincent. Yang lain-lainnya

tergolong dalam Grenadines, iaitu serangkaian

lebih kurang 800 buah pulau kecil yang terletak di

antara St. Vincent dengan Grenada. Ibu negaranya,

iaitu Kingstown, terletak di bahagian selatan St.

Vincent (lihat Kingstown ).

UMUM 
TANGERIN

Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus

dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti

oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah

dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin

ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari

Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi.

Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan

terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis

tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan

jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst

dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali,

Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili

rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata .

Lihat juga Tangelo; Tangor.

UMUM 
LALAT BUAH MEDITERRANEAN UMUM 
LALAT BUAH UMUM 
BUAH KERAS

Buah keras yang juga dikenali sebagai pokok

minyak buah keras atau candleberry, ialah

pokok malar hijau di Asia Tenggara.

UMUM 
BUAH ZAITUN

Buah zaitun ialah buah daripada pokok yang

tumbuh di kawasan subtropika. Pokok zaitun

ditanam terutamanya kerana minyaknya, yang

digunakan untuk memasak.

UMUM 
ROTHSCHILD

Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang

menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada

akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka

beberapa buah bank di beberapa buah negara

Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu

terkenal dengan nama House of Rothschild.

Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang

industri, politik, kedermawanan, dan sains.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas