Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
putikbuah yg baru jadi (bakal buah), buah yg masih muda dan kecil; ~ mempelam buah mempelam yg baru jadi; berputik 1. mulai mempunyai putik, mulai berbuah: rambutan kami sudah mulai ~; 2. ki menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pohon buah (buah-buahan)pokok yg mengeluar­kan buah-buahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pokat; buah ~ buah adpokat, Persea gratissima.Kamus Dewan Edisi Keempat
tufahAr = buah ~ buah epal.Kamus Dewan Edisi Keempat
zakarAr kemaluan laki-laki, pelir; anak buah ~ saluran panjang yg bergulunggulung pd permukaan belakang buah zakar tempat spermatozoa disimpan; buah ~ buah pelir.Kamus Dewan Edisi Keempat
serikayasj tumbuhan (pokok dan buah), buah nona, Anona squamosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
caturpermainan yg dimainkan oleh dua orang dgn menggunakan 32 buah atau orang-orangan dan papan yg berpetak-petak: buah ~ buah atau orang-orangan dlm permainan catur; papan ~ papan yg berpetak-petak (64 petak) yg digunakan sbg tempat meletakkan buah catur ketika bermain catur. pencatur orang yg bermain catur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
julung-julungpertama sekali; mula-mula: buah ~ buah yg mula-mula sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sulungterdahulu atau tertua sekali; mula-mula sekali: Inilah anak saya yg ~. buah ~ buah yg pertama dr sesuatu pohon; gigi ~ gigi yg mula-mula tumbuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pic I1. sj pokok yg mempunyai bunga berwarna samar dan buahnya bulat dan boleh dimakan, Prunus persica; 2. = buah ~ buah drpd pokok pic yg bulat, berkulit kekuningan, dan isi yg manis; 3. warna kuning kemerah-merahan spt warna buah pic yg masak.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas