Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
نمجنا )anjīr( ريجنا )enḥeṭāṭ ( طاطحنا )andākhtan( نتخادنا )andūh( هودنا )ensān( ناسنا )ensāniyyat( ت ّ يناسنا )enshāʼ( ءاشنا )angosht( تشگنا )angoshtāne( هناتشگنا delima ragum ramai mangga, mempelam pilihan pilih, memilih pertubuhan buah tin kemunduran campak derita insan, manusia kemanusiaan karangan, rencana jari jidal pomegranate pincers crowd mango choice to choose society fig decline to throw suffering human humanity composition finger thimble هناتشگنا ḥāṣel( لصاح ،رمث )s̱amar, mīve( هويم ،رمث )s̱amar bakhsh, mofīd( ديفم ،شخب رمث )s̱avāb( باوث tetap ketiga kelapan kedua saat kekayaan, harta benda kaya berat satu per tiga, sepertiga hasil buah bermanfaat pahala invariable third eighth second second (sixtieth of one minute) wealth rich heavy onethird result fruit useful spiritual reward ث Kamus Parsi.indb 44 5/18/11 9:02

Kembali ke atas