adakah "buai", "buaian", "cuai" diftong | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Perkataan buai, buaian dan cuai adalah diftong. | Tatabahasa | 07.03.2017 |
Adakah perkataan buai tergolong dalam diftong atau vokal berganding? | Buai merupakan vokal berganding sama dengan cuaca, muafakat, suasana. Diftong hanya ai, au dan oi. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang lagu rakyat negeri Terengganu. Apakah maksud kokek dalam lirik lagu rakyat Ayun Buai Kokek? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ditemui makna bagi kata kokek dalam kamus-kamus dan Glosari Istilah Terengganu terbitan DBP. Daripada selisikan awal, buai kokek ialah sejenis buaian yang menggunakan kain yang diikat dengan tali dan digantung pada alang rumah untuk menidurkan anak. Kokek mungkin disebabkan bunyi yang dikeluarkan akibat ayunan buaian tersebut. Untuk mendapat pengesahannya, kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan. | Makna | 10.09.2023 |
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling? | Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama. | Waalaikumussalam... Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting. | Makna | 28.06.2016 |
Takrif 'berendoi' dan kenapa perkataan tersebut yang merupakan adat Melayu tidak tersenarai dalam kamus? | Takrif "berendoi" telah dirakam dalam Ensiklopedia. BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir. Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai). Pada ketika anak itu selamat dinaikkan keendoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi. Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah. | | Lain-lain | 17.10.2018 |