Salam sejahtera. Saya ingin bertanya: Meja ini diperbuat daripada kayu. Meja ini buatan kayu. Adakah perkataan buatan boleh menggantikan “diperbuat daripada”? Jika tidak boleh, apakah ayat lain yang sinonim? | Ayat yang betul, Meja ini diperbuat daripada kayu. Kata buatan tidak boleh digunakan kerana buatan bermaksud sesuatu yang telah dibuat atau dikerjakan, apa-apa yang dibuat atau dikerjakan, cara membuat dan sesuatu yang dibuat oleh manusia. | Lain-lain | 25.01.2019 |
a)Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. b)Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Ayat mana betul? | Ayat yang gramatis ialah Barangan buatan Malaysia bukan sahaja murah, malahan cantik dan disukai ramai. | Tatabahasa | 21.08.2015 |
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pertanyaan saya seperti berikut: Frasa " buatan malaysia" adalah frasa nama atau frasa kerja. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Frasa “ buatan Malaysia” ialah frasa nama. Binaan frasa nama terdiri daripada buatan (inti) + Malaysia (penerang nama milik). | Tatabahasa | 22.08.2017 |
Kedai barangan buatan tangan | Kedai barangan buatan tangan | Tatabahasa | 14.01.2008 |
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQ | Setanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini betul dan gramatis? | Ayat yang lebih tepat: Barangan buatan Malaysia murah, cantik dan disukai ramai. Penggunaan "tetapi" bermaksud pertentangan idea. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
Salam Satu Malaysia, Kata pemeri terdiri daripada "ialah" dan "adalah".Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat di bawah dan yang mana satu betul. a)Buku yang sedang dibaca oleh kakak adalah kepunyaan saya. (perkataan "kepunyaan" merupakan kata nama/ kata adjektif?) b)Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali.(perkataan "buatan" merupakan kata nama?) Terima kasih. b) Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali. | Untuk ayat 1. Buku yang sedang dibaca oleh kakak adalah kepunyaan saya. Secara gramatisnya tidak perlu ditulis perkataan "adalah". Cukup dengan ayat begini: Buku yang sedang dibaca oleh kakak itu kepunyaan saya. Penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. "Kepunyaan" ialah kata nama terbitan. Begitu juga dengan ayat 2. Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali. Tidak perlu pemeri "ialah" di situ. Cukup dengan ayat begini: Kasut kulit itu buatan Itali. | Lain-lain | 02.10.2014 |
Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini gramatis ? Bolehkah kata hubung "malahan " digunakan tanpa bukan sahaja? | Barangan buatan Malaysia murah malahan (bahkan) cantik dan disukai ramai. Ayat ini betul kerana malahan membawa maksud bahkan. | Tatabahasa | 19.08.2015 |
BM translation for 'Made in USA' - can I put it as 'Buatan USA'? Thanks. | Menurut data kami, terjemahan yang sesuai ialah Buatan AS | Lain-lain | 18.08.2016 |
1) Carian Kata tidak ada 'kereta continental', 'kereta kontinental' atau pun 'kereta buatan europe'. Apakah penterjemahan yang betul untuk 'continental cars'? 2) Juga, apakah perterjemahan yang betul untuk 'call us for free car pick-up services'? | 1. Cadangan terjemahan bagi continental car ialah kereta buatan Eropah. 2. Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah hubungi kami untuk perkhidmatan pengambilan kereta percuma. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2019 |