Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da/] | بودق

Definisi : 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah; 2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos: janganlah kauperlakukan aku sbg ~mu; ~ belian hamba yg diperoleh dgn membeli; ~ dalam hamba istana; ~ kundang biduanda; ~ pejabat penyelenggara pejabat, peon; ~ raja budak (orang) suruhan raja; ~ suruhan budak yg disuruh-suruh; ~ tanggung orang yg belum dewasa tetapi tidak juga muda; bagai ~ sapu hingus prb dikatakan kpd orang yg beroleh malu dlm sesuatu majlis; membekali ~ lari prb dua kali rugi; budak-budak kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); berbudak sl bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak; berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan spt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan; membudak bk memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya: dgn keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kpd orang; membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan spt hamba: dia bukan spt kita, dia tidak diperbudak wang;memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~;pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan): ~ orang yg lemah oleh yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da/] | بودق

Definisi : 1 = budak-budak manusia yg belum dewasa (biasanya berumur bawah 17 tahun); kanak-kanak: Tukul takal di balik rakit, ~ nakal kuat bersakit. 2 orang yg bekerja di rumah orang lain; orang suruhan; jongos: Aku bukan ~ kamu, jangan disuruh aku ke sana ke mari. ~ belian hamba yg dibeli drpd orang lain. ~ dalam hamba dlm istana. ~ pejabat orang yg menjadi suruhan di pejabat-pejabat. ~ raja hamba raja. ~ suruhan orang yg disuruh-suruh. kebudak-budakan spt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Bermaksud :

Masih mentah dalam segala hal.

 

Lihat selanjutnya...(5)

126

Things past cannot be recalled

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled .

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWASAN BORA

Kawasan Bora ialah kawasan Orang Asli di

Australia Timur yang merupakan tempat budak-budak

lelaki menjalankan upacara inisiasi.

UMUM 
BUDAK RAJA

BUDAK RAJA, hamba lelaki di istana. Istilah ini berkaitan dengan orang Melayu atau masyarakat Melayu Pahang dan juga negeri-negeri Melayu yang lain.  Budak  raja terdiri daripada sama ada orang muda daripada keluarga baik-baik; ada juga mereka yang terdiri daripada anak-anak yang dilahirkan hasil perhubungan putera-putera raja atau golongan bangsawan dengan perempuan biasa, atau mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah di daerahnya dan meminta perlindungan raja. Oleh sebab kebanyakan budak raja ialah kaum kerabat istana atau orang besar-besar, maka budak raja boleh dianggap sebagai golongan yang memerintah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MOD

Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana

kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya,

seorang budak mengira telur dalam 77 sarang

burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai

sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang

mempunyai dua biji telur, lima sarang

mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang

mempunyai empat biji telur. Sarang yang

mempunyai dua biji telur ialah yang paling

banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau

nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah

nombor purata yang digunakan dalam bidang

statistik.

UMUM 
ABDUL RAHMAN ISHAK, DATO' SERI LELA DIRAJAABDUL RAHMAN ISHAK, Dato Seri Lela Diraja (  ? -1939), berkhidmat sebagai budak raja pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SKROL LAUT MATI

Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba

yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di

dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat

Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama

skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak

gembala di dalam gua di Wadi Qumran (Lembah

Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun

1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah

menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi

tulisan purba ini.

UMUM 
HIKAYAT PARANG PUTINGHIKAYAT PARANG PUTING, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini juga dikenal sebagai Hikayat Budak Miskin. Hikayat ini dipengaruhi dengan banyaknya unsur Hindu yang terdapat di dalamnya termasuklah dewa, kesaktian,alam kayangan dan sebagainya yang berasal daripada kitab Mahabharata. SASTERAKarya
SILLITOE, ALAN

Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan

penulis drama British yang terkenal dengan novel

pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning

(1958) yang mengisahkan perihal kehidupan

masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia

menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of

the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya,

yang memberikan judul kepada buku ini,

menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki

yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya

menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita

pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays

(1978), The Rats and Other Poems (1960), The

Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982).

Saturday Night and Sunday Morning dan The

Loneliness of the Long Distance Runner telah

dijadikan filem dan diminati ramai.

UMUM 
TANJUNG PAGAR

TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu.  Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.  Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak.  Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’.  Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang.  Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SALLEH KAMIL

SALLEH KAMIL, (1924 – 1998), pelakon filem Singapura.  Dia lahir pada 24 April 1924 di Coleman Street, Singapura.  Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdullah.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Teng Road, Singapura.  Selepas berhenti sekolah, dia bekerja sebagai buruh kasar dan kemudian menjadi budak pejabat di sebuah syarikat swasta.  Salleh Kamil kemudiannya bekerja sebagai pemandu kereta dengan seorang saudagar Inggeris.  Selepas itu dia menjadi pemandu teksi sepenuh masa.

BUDAYATokoh
MISA MELAYU

MISA Melayu, karya sastera sejarah Melayu tradisional.  Misa Melayu telah dikarang oleh Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid pada abad ke-18.  Satu versi hikayat ini yang dikaji oleh Wintedt mencatat tahun 1252 H. Bersamaan 1836 M. Misa Melayu memulakan perceritaan tentang sejarah negeri Perak dengan pemerintahan Almarhum Jalilullah.  Pengarang banyak menumpukan perceritaan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.  Sultan Muzaffar Shah bersemayam di Kuala Kangsar sementara adindanya, Sultan Muhammad Syah, bersemayam di Pulau Tiga.  Untuk mengelakkan Perak daripada berpecah dua, Sultan Muzaffar Syah mengahwinkan puterinya, Raja Budak Rasul, dengan putera Sultan Muhammad Syah, Raja Muda Iskandar Syah.  Sultan Muzaffar Syah memerintah Perak dengan Iskandar Syah sebagai Raja Muda.  Sultan Muzaffar Syah memerintah dengan baik dan berjaya mematahkan rancangan Raja Halim menderhaka padanya.

SASTERAKarya

Kembali ke atas