Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kit] | بوکيت

Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput kuran (keladi) Fimbristylis miliacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: ~ bukau bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit

Puisi
 

Orang Lengging membuat rakit,
     Rakit dibuat kayu nyatuh;
Biarlah anjing menyalak bukit,
     Bukit tetap tidakkan runtuh.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit sama didaki,
     lurah sama dituruni.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bukit Aman (sempena peringatan Hari Polis ke-201)Mustafa HarisMingguan Malaysia13.04.2008
Bukit Kepong a story of honour and braveryAbdul Aziz, TunkuNew Sunday Times08.04.2007
Bukit Mentok Kelmarin Dulu, Ketika Ku Singgah Hujan MenderuHilmi RinduMingguan Malaysia25.02.2007
Bukit BesiFauzila Hashim JusohMinda Pelajar14.03.1994
Bukit PuteriNorlela SaidMinda Pelajar14.03.1994
Bukit Puteri Bermata BerlianMoharani TanusiMingguan Tempo02.01.1994
Bukit Padang sesuai untuk perhimpunan senimanTiadaSabah Times22.10.1980
Bukit Carcosa: GPMS sokong syor PemudaTiadaBerita Harian19.03.1984
Bukit Besi (i)Mahli A. BMingguan Tempo21.11.1993
Bukit TinggiJayahasraUtusan Zaman13.06.1993
12345678910...

Kembali ke atas