Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ku] | بوکو

Definisi : 1 bahagian yg keras pd tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dsb; bahagian hujung dan pangkal ruas tulang yg berbonggol. 2 ketul atau butir yg kecil-kecil, spt garam: Ahmad menghancurkan ~-~ tanah itu dgn cangkul. 3 penjodoh bilangan utk benda yg berbutir atau berketul: se~ garam; se~ tanah. ~ bahu sendi antara bahu dgn lengan. ~ benang kayu dll tempat benang dililitkan; gelendong. ~ jari tulang sendi pd jari. ~ kaki (lali) tulang yg berbonggol pd pergelangan kaki. ~ lima a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya. berbuku 1 ada bukunya: Buluh mana yg tidak ~? 2 berbongkah-bongkah kecil: Tepung ini sudah ~ kerana terlalu lama. membuku menjadi bongkah-bongkah kecil; menjadi berbuku. terbuku ki mengganggu perasaan dlm hati: Segala yg ~ dlm hatinya diceritakannya kpd kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.ku] | بوکو

Definisi : berhelai-helai kertas berjilid yg berisi tulisan utk dibaca atau berisi ruangan-ruangan kosong utk ditulisi; kitab: Di atas mejanya, tersusun ~ rujukan yg tebal-tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku

Puisi
 

Jika adinda makan gelagah,
     Beri kami buku-bukunya;
Jika adinda beranak tengah,
     Bagi kami buku bongsunya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kenal dadanya,
     tak kenal mukanya (= rupanya).

Bermaksud :

Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, adakah pihak DBP boleh cetak semula atau terbit semula buku-buku yang pernah DBP keluarkan sebelum ini? terbitan semula tersebut untuk peribadi. Terdapat beberapa buah buku yang saya ingin DBP cetak semula kerana buku-buku tersebut sukar didapati pada waktu ini. Saya berharap pihak DBP dapat berbuat demikian kerana saya sangat berminat untuk membaca penulisan buku-buku tersebut. Dan berapakah kos cetak semula itu?Salam tuan, Permohonan Cetak Ulang Buku Terbitan DBP Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pihak tuan ingin memohon cetak ulang buku terbitan DBP: 1. Surat rasmi permohonan judul buku yang ingin dicetak ulang perlu dikemukakan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. 2. Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP akan menyemak baki stok dan pasaran buku tersebut jika dicetak ulang. Sekian, terima kasih.Lain-lain14.02.2021
Salam Tuan. Saya ada soalan mengenai ayat seperti ini. -Saya bawa buku-buku ini pergi ke sekolah.- Adakah apa-apa kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Saya ingin mendapat kepastian sebab ada rakan-rakan berkata perkataan buku-buku tidak boleh digunakan. Alasan mereka kata ganda tidak lagi diguna pakai dalam Bahasa Melayu.Perkataan "buku-buku" pada ayat tersebut adalah betul jika membawa maksud banyak buku.
Sekiranya telah ada perkataan yang membawa maksud banyak, baharulah tidak perlu menggandakan perkataan buku itu.  Contohnya:  Saya membawa banyak buku ke sekolah
                          Saya membawa semua buku itu ke sekolah
                          Saya membawa beberapa buah buku ke sekolah.
Sebagai makluman, kata ganda masih digunakan dalan bahasa Melayu
Lain-lain08.03.2017
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya: Sebahagian daripada buku-buku atau sebahagian daripada buku, yang manakah betul? Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah "Sebahagian daripada buku-buku."
Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku tatabahasa Dewan.
Tatabahasa29.03.2023
Selamat Sejahtera. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya memiliki beberapa jenis buku encyclopedia dan sebagainya milik bapa saya. Saya inging menyumbangkan buku buku tersebut kepada dewan bahasa dan pustaka. Apakah cara atau bagaimana saya boleh sumbangkan buku buku tersebut. Sekian Terima kasih Sekian Rizuan Bin Abdullah 012-6526079Salam Encik Rizuan budiman,

Dengan hormatnya perbualan telefon pada 4 November 2019 (isnin) pukul 8.15 pagi dirujuk.

Pihak DBP mengucapkan ribuan terima kasih dan sangat mengalu-alukan sumbangan buku ensiklopedia tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan bolehlah menghantar buku-buku tersebut kepada:

Ketua Bahagian,
Bahagian Komunikasi Korporat,
Aras 7, Menara DBP.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi, Puan Siti Irni Yuslinda binti Mosman, melalui talian telefon, 03-2147 9483 atau e-mel sitiirni@dbp.gov.my,

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.10.2019
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasihKata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu.

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. 
Tatabahasa09.09.2017
Apakah buku-buku yang sesuai sebagai rujukan untuk menulis puisi dan sajak, terutama sekali untuk pengkarya baharu?Antara buku yang boleh dijadikan rujukan untuk penulisan puisi dan sajak ialah karangan Othman Puteh berjudul  Penulisan Cerpen dan Puisi.Sastera05.01.2017
Kamu semua keluarkan buku-buku Bahasa Melayu kamu semua. Ayat di atas betul ke?Jawapan yang betul ialah "Kamu semua keluarkan buku Bahasa Melayu kamu."Lain-lain27.05.2022
Salam. Saya ingin menanyakan bilakah buku-buku tulisan iaitu "Kosmonaut" dan juga "Ketika Waktu Berpilin" dijangka akan mula dijual di DBPNiaga? Saya dimaklumkan bahawa Kosmonaut sudah diterbitkan dan naskhahnya sudah tiba di meja editor. Namun saya belum beroleh apa-apa maklumat mengenai tarikh mula penjualan bukunya. Sebarang maklumbalas amat dihargai. Terima kasih.Salam sejahtera,

Buku di DBPNiaga

Berdasarkan semakan dengan Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, kedua-dua buah buku ini masih belum ada. Kemungkinan pada bulan Mei. Walau bagaimanapun, pihak pemasaran DBP akan mengemas kini maklumat tentang buku ini di Facebook DBPNiaga apabila buku tersebut sudah tersedia di stor DBP.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain23.04.2021
bagaimana mahu mencari buku buku keluaran atau terbitan DBP terutama karya karya lama yang sukar didapati di umum carian masyarakat,maaf kalau sudah ada bahagian khas bagi soalan ini kerana saya tidak menjumpai sebarang petunjuk bagi carian saya.Maaf kerana meyusahkan. Saya dengan merendah hati memohon tunjuk ajar daripada tuan.Terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 WhatsApp •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Atau melalui Katalog awam dalam talian (KAWAT) DBP atau melalui laman web pustakav2.dbp.gov.my Sekian, terima kasih.Lain-lain17.03.2020
Saya menghadapi masalah ketika hendak menghurufbesarkan atau menghurufkecilkan perkataan dalam tajuk artikel saya. Bolehkah tuan nyatakan buku-buku terbitan DBP yang boleh saya dapatkan sebagai rujukan muktamad saya. Untuk maklumat tuan, saya sangat memerlukan buku panduan seperti ini. Terima kasih.Antara buku yang dicadangkan ialah Siri Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Tanda Baca karya Ismail Dahaman; tahun terbitan 2015 dan Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi- tahun terbitan 2016Karya23.02.2018
12345678910...

Kembali ke atas