Saya ingin menanyakan ejaan yang betul untuk bulan-bulan kalendar islam contohnya bulan safar.adakah ada satu "safar" atau 2 "saffar"?kalau boleh, untuk semua bulan dalam kalendar islam. | Ejaan yang betul ialah Safar. Untuk menyemak ejaan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari http://prpm.dbp.gov.my. | Ejaan | 17.03.2010 |
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3) | Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. | Tatabahasa | 16.05.2011 |
Assalamualaikum Dewan Bahasa, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghantar makalah (esei), bercorak kebahasaan dan liinguistik untuk disiarkan ke dalam Dewan Bahasa? | Tuan Qhay, kirimkan makalah tersebut melalui e-mel kepada saya, zaidi_i@dbp.gov.my . Sekiranya bersesuaian, akan disiarkan dalam terbitan bulan-bulan berikutnya. | Lain-lain | 11.05.2012 |
Assalamualaikum. tujuan saya menhantar emel ini ialah untuk bertanya tentang khidmat pekerjaan yang disediakan untuk saya sebagai pelajar yang ingin mencari pekerjaan sambilan semasa cuti semester, apabila saya kembali ke tempat tinggal saya di Kuching Sarawak. cuti semester yang agak panjang, lebih kurang 2 bulan/ bulan. adakah pihak DBP menawarkan sebarang pekerjaan bagi mencari wang untuk kami sebagai pelajar? | Untuk makluman puan, DBP tidak menawarkan pekerjaan sambilan untuk pelajar yang sedang bercuti semester. | Lain-lain | 21.12.2014 |
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasih | Pameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. | Tatabahasa | 20.07.2020 |
Salam tuan, bulan membaca ke bulan bacaan atau bulan baca, sekolah memasak ke sekolah masak atau sekolah masakan? | Perkataan yang betul ialah bulan membaca dan sekolah memasak. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
bulan kemerdekaan atau Bulan Kemerdekaan ? | Bulan Kemerdekaan | Ejaan | 05.03.2020 |
HARI BULAN 5 SETIAP BULAN atau hari kelima setiap bulan | Frasa "Pada setiap 5 hari bulan" sudah memadai untuk maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 18.05.2019 |
Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan Oktober | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Hujan yang tidak turun ----------- bulan Januari ------------ akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. A. daripada..... hingga B. sejak ..... kepada | Jawapan yang betul ialah Hujan yang tidak turun dari bulan Januari hingga akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. | Lain-lain | 11.08.2010 |