Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga

Puisi
 

Duduk berniaga di Kampung Cina,
     Buat sempadan Datuk Penghulu;
Jangan harap pada bunga,
     Bunga tidak kembang selalu.


Lihat selanjutnya...(391)
Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(61)

462

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Bunga yang harum itu ada juga durinya

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi bunga yang harum itu ada juga durinya. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga puan bunga selasih, Bunga keduduk berkait-kait; Tinggal tuan tinggal kekasih, Tinggal duduk baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaMacang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati.
Kurik Kundi Merah SagaPokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar.
Kurik Kundi Merah SagaBunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga andana bunga andani, Tiga dengan bunga cipur; Tuan di sana saya di sini, Arwah juga berulang tidur.
Kurik Kundi Merah SagaBunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman.
12345678910...

Kembali ke atas