Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.til] | بونتيل

Definisi : karung drpd kain: sebuah ~ besar yg berisi penuh; kopral itu meletakkan ~nya ke tanah; terlampau duka terurah ~, terlampau suka terurah rahsia prb apabila berdukacita, terjual barang simpanan, apabila bersukacita, terbuka rahsia; buntilan buntil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.til] | بونتيل

Definisi : , = buntilan karung atau pundi-pundi yg dibuat drpd kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buntil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan 'buntil'
Menurut data kami, bukan semua perkataan boleh menerima penjodoh bilangan. Padanan penjodoh bilangan yang sesuai bagi buntil ialah sebuah dan penggunaannya bergantung kepada ayat.
Lain-lain22.10.2018
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013

Kembali ke atas