Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Bermaksud :

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul penggunaan kata "busuk". 1. Longkang itu telah busuk benar baunya. 2. Lampin adik berbau busuk dan perlu ditukar. 3. Sisa bungan yang dibuang di longkang besar itu telah menimbulkan bau yang busuk. 4. Kamal hati busuk kerana selalu memburuk-burukkan orang lain.Keempat-empat ayat yang diberikan menggunakan perkataan busuk yang betul.Makna19.08.2014
Yang manakah betul dalam ayat di bawah, menghindari atau menghindarkan? 1) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 2) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan musuh daripada mendekatinya.

Mengikut Kamus Dewan Perdana, muka surat 774, maksud "menghindari" ialah menjauhkan dari sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Pegawai yang terlibat dalam kes rasuah tersebut hingga kini terus menghindari wartawan. Manakala maksud "menghindarkan" ialah menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Ahli Dewan Negeri hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi.

 

Cadangan ayat yang betul ialah Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 

 

Tatabahasa15.08.2023
Apakah perkataan untuk menerangkan santan yang sudah busuk? Bau hamis atau tengik?

Puan Shela terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kebiasaannya santan yang telah busuk dikatakan santan yang dah basi. Terima kasih

Istilah15.07.2009
byk kilang di kilang telah mengeluarkan asap-asap yang berbau busuk. perkataan kilang atau asap yg digandakan itu betul ke? apa jawapan yg betul?Penggandaan kilang tidak perlu kerana terdapat perkataan "banyak" sebelumnya. Begitu juga dengan asap, ia adalah lewah. Jawapan yang betul ialah "banyak kilang telah mengeluarkan asap yang berbau busuk".Tatabahasa13.03.2009
Bagi istilah “offensive odour and taste” dalam teks yang yang telah kami semak, kami telah memadankannya dengan “bau yang busuk dan rasa yang tidak sedap”. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan “objectionable taste and odour” dalam ayat teks yang sama seperti di bawah ini. Apakah padanan yang sesuai bagi “objectionable taste and odour” ini? Standard for wholesome water or steam 394. (1) Water shall be clean and free from contamination, objectionable taste and odour, and shall comply with the standard as prescribed in the Twenty-fifth A Schedule. Standard bagi air yang selamat diminum atau stim 394. (1) Air hendaklah bersih dan tidak tercemar, tidak mempunyai rasa yang tidak disukai dan tidak berbau busuk, dan hendaklah mematuhi standard sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima A.Cadangan padanan yang sesuai berdasarkan ayat dalam teks yang diberikan ialah rasa dan bau yang tidak menyenangkan.Makna27.07.2021
1.Apakah makna perkataan Pering ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pering bermaksud 1. berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing. 2. Jw ark buluh; Contoh ayat, pering petung (betung) buluh betung.Makna21.02.2010
Tolong hantarkan senarai kata adjektif yang melibatkan bau (seperti hanyir, hancing, dan sebagainya) bersertakan dengan maknanya.Antaranya ialah busuk, wangi, hapak. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain05.10.2008
Apakah kata adjektif yang sesuai untuk bau peluh dan bau darah?Kata adjektif untuk bau peluh ialah hamis, darah pula ialah busuk.Tatabahasa19.08.2010
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Faizol Azha Feb 18th, 7:23pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berminat nak tahu sama ada DBP ada menerbitkan kamus/buku yg mengandungi perkataan yg hampir sama ejaan,bunyi dan maksud,tapi memiliki huruf ejaan berbeza... Contoh...Busuk,Buruk,Lupuk Hentak,Lantak,Sentak,Santak. Terima KasihPerkataan ygan sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya disebut homograf. Tidak ada terbitan khusus yang mengumpul semua kata-kata tersebut, melainkan senarai beberapa perkataan sebagai contoh sahaja.Tatabahasa18.02.2015
12

Kembali ke atas