Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cat] | چاچت

Definisi : kekurangan atau keadaan kurang sem­purna (lengkap, baik) pd badan (benda, per­buatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjem­put dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebab­kan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cat] | چاچت

Definisi : ~ akal rosak akal atau fikiran. ~ anggota cacat pd anggota (spt kudung, buta). ~ cedera bermacam-macam cacat. mencacat mengatakan keburukan sesuatu; mencela; mencaci: Perbuatan suka ~ orang lain hendaklah dihentikan. mencacati menjadikan sesuatu kurang baik; menyebabkan cacat: Bahan ini dpt ~ pertumbuhan anak pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.cat] | چاچت

Definisi : 1 sifat kurang baik atau kekurangan yg terdapat pd sesuatu; cela: Cuba periksa almari itu baik-baik, barangkali ada ~nya. 2 = bercacat mempunyai kekurangan pd anggota tubuh dll; tidak atau kurang sempurna: Tidak ada suatu pun yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacat

Puisi
 

Nyiur lamin di Pantai Lamin,
     Jatuh sebutir disambar ribut;
Hitam manis duduk beransin,
     Cacat sedikit rambutnya sejemput.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bicarakan rumput di halaman orang,
     di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Adakah "visually impaired users" sesuai diterjemahkan sebagai "pengguna cacat penglihatan"? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "visually impaired users" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "impaired vision" yang padanan bahasa Melayunya ialah penglihatan cacat. Oleh itu, "visually impaired users" boleh diterjemahkan kepada pengguna cacat penglihatan.Istilah03.04.2014
Salam sejahtera, Apakah kesalahan pada perkataan (adik-beradik) dalam contoh ayat ini, Setelah kematian bapa kami, tinggallah kami tiga (adik-beradik) dengan ibu kami yang cacat pelihatan.
Berikut ayat yang telah dipinda sedikit kesalahan.

Setelah kematian bapa, tinggallah kami tiga adik-beradik bersama-sama ibu yang cacat penglihatan.
Tatabahasa04.02.2013
maksud sempurnaMakna sempurna ialah tidak ada cacat celanya(kekurangannya; lengkap;baik lagi teratur; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4 halaman 1442.Makna03.09.2007
Assalamualaikum Penanda wacana yang tepat bagi ayat berikut: Alif seorang pemuda yang cacat.________, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain. A. Justeru B. Oleh sebab itu C. Oleh itu D. Sungguhpun demikianPenggunaan "Sungguhpun demikian" lebih seuai digunakan dalam ayat di atas.Lain-lain15.03.2018
Apakah maksud Orang Kelainan UpayaPerkataan yang sering digunakan ialah Orang Kurang Upaya atau OKU yang bermaksud orang yang cacat, kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada tubuh dan pancaindera.Makna12.11.2009
kenapa photobomb dipanggil tunafoto dalam bahasa Melayu? ada penjelasan tak? Terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tuna" ialah  "luka, cacat atau rosak". Maka terjemahan bagi photobomb ialah "tunafoto" yang bermaksud gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.Makna10.06.2022
apakah maksud perkataan daif? bolehkah anda bagi contoh ayat yang menggunakan perkataan daif dan laif?? terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan daif bermaksud cacat, hina, dan lemah, contoh ayat: Tidak baik jika kita memandang rendah kepada orang yang daif.Makna01.04.2010
Apa terminologi sesuai untuk "Deafblindness"? 1. Buta tuli 2. Kebutatulian 3. Buta pekak 4. Kebutapekakan https://en.wikipedia.org/wiki/DeafblindnessKami mencadangkan "deafblindness" diterjemahkan sebagai "cacat pendengaran dan penglihatan" atau "masalah pendengaran dan penglihatan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.09.2021
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasihYa ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, cacat">tidak cacat.Tatabahasa06.04.2010
Apakah maksud kepada kecatatan? apakah perbezaan Kecacatan dengan Kecatatan? mohon bantuan penjelasan.

Untuk makluman saudara, perkataan kecatatan tidak wujud dalam bahasa Melayu. Kecacatan pula merujuk hal atau keadaan cacat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana hlmn. 369.

Ejaan19.09.2023
12

Kembali ke atas