Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya maksud perkataan berikut dalam bahasa melayu yang sesuai untuk poster pertandingan memasak. Cook, Compete, Conquer berikan cadangan-cadangan dari pihak tuan/puan.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "Memasak, Bersaing, Menakluk" mengikut konteks dan konsep yang mahu diketengahkan.Penyemakan dan penterjemahan14.03.2025
Cadangan Nama Taman: Residensi 1) Batai Astana 2) Batai Vila 3) Batai Mahligai

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan penamaan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR PENAMAAN. PBT dan klik “Pilih”. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Sila nyatakan jenis pembangunan di hadapan nama pembangunan, contoh: RESIDENSI, PANGSAPURI, TAMAN, JALAN atau yang bersesuaian. Sila gunakan nama pembangunan yang mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Melayu. Maklumat tentang penamaan (sebab-sebab nama dipilih) boleh diletakkan pada bahagian Maklumat tentang Iklan.

Lain-lain23.12.2024
Cadangan nama Pusat Perkhidmatan Gelandangan ke Anjung Rantau. Adakah ianya sesuai digunakan?Nama "Anjung Rantau" kurang sesuai dan "Pusat Gelandangan" lebih sesuai dalam konteks ini. Sekiranya berkaitan dengan permohonan visual papan tanda premis atau penamaan, tuan/puan boleh membuat permohonan pengesahan bahasa melalui laman sesawang www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain01.10.2024
Cadangan untuk mengadakan kursus Penyediaan dan Penulisan Minit MesyuaratSaudara boleh membuat permohonan kepada Akademi DBP melalui e-mel akademi@dbp.gov.my/hfauziah@dbp.gov.myLain-lain01.08.2023
Cadangan ALLAHYARHAMAH digantikan kepada ALLAHYARHUMUHA kerana makna dari terjemahan bahasa Arab lebih tepat kepada ganti diri perempuan. Terima Kasih
Kamus Dewan juga menakrifkan "Allahyarham" sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata "Allahyarhamah" ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha". "Allahyarhamha" ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia.
Ejaan11.08.2021
Apakah isi yang perlu ada dalam latar belakang bagi kertas kerja cadangan bagi program? mohon pencerahan. Terima kasih.Kertas kerja cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas kerja cadangan, kecuali format yang diguna pakai atau ditetapkan bagi sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, untuk mengetahui apa yang perlu ada dalam latar belakang dalam kertas kerja cadangan, tuan perlu merujuk pihak yang terlibat dalam program tersebut. Selain itu, tuan boleh juga melihat contoh-contoh kertas kerja cadangan yang pernah dihasilkan oleh organisasi yang sama sebelum ini.Lain-lain29.07.2021
Saya memerlukan pengesahan ataupun cadangan berkenaan terma bahasa inggeris iaitu " Sponge City ". Memerlukan nasihat berkenaan cadangan penggunaan terma bahasa melayu. di bawah saya kepilkan poster berkaitanTerjemahan bagi Sponge ialah "span atau bunga karang". Cadangan terjemahan bagi Sponge City ialah "Bandar Bunga Karang"Makna22.03.2022
Apakah terjemahan yang tepat bagi "Recommendations and way forward" yang lazim digunakan dalam penulisan laporan. Adakah "Cadangan dan Arah ke Hadapan"?Cadangan terjemahan bagi frasa tersebut ialah cadangan dan tindakan selanjutnya, bergantung pada konteks dan konsep penggunaan dalam ayat.Penyemakan dan penterjemahan22.12.2020
Cadangan perkataan KEMBALIK diletakan di dalam kamus dan diberi maksud.. KEMBALIK adalah istilah kepada Towing TruckDalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan kembalik. Kembalik ialah Kenderaan Trak Tunda yang biasanya digunakan oleh Tentera untuk menunda kenderaan tentera yang rosak untuk ditarik balik ke kem atau bengkel. Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan kami kemukakan kepada pihak pengurusan DBP, Terima kasih.Lain-lain01.12.2020
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya.

Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik.

Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Makna06.01.2025
12345678910...

Kembali ke atas