Bolehkah Title Transfer Collateral Arrangement diterjemahkan kepada Pengaturan Cagaran Pemindahan Hak Milik?Terima kasih | Dalam data kami collateral bermaksud cagaran atau sandaran. Jika konteks yang dimaksudkan ialah cagaran, maka terjemahan yang dicadangkan boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2018 |
makna "recall loan securities" | Padanan recall loan security dalam bahasa Melayu ialah perolehan kembali cagaran pinjaman. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2010 |
apakah BM untuk 'safety' dan 'security' ? | Padanan untuk safety dan security dalam bahasa Melayu ialah keselamatan tetapi security boleh juga diterjemahkan sebagai cagaran/jaminan dan sekuriti. | Istilah | 08.05.2009 |
Boleh Saya tahu, tranlasi atau pengunaan Bahasa Malaysia yang tepat untuk "Unsecured Overdraft facility" dalam istilah perbankan. Bantuan anda amat dihargai. | Istilah bahasa Melayu untuk "unsecured overdraft facility" ialah kemudahan overdraf tanpa cagaran. | Istilah | 10.05.2013 |
Apakah perbezaan antara memajakkan dengan mencagarkan? Boleh bagi contoh ayat untuk membezakannya? | Makna memajakkan ialah menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. Mencagarkan pula ialah memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. | Makna | 08.08.2010 |
" You should bear expenses incurred and any other fees, expenses or recourse in respect of this product" Apakah perkataan bahasa malaysia yang sesuai bagi "recourse" di atas? Terima kasih | Dalam data kami, perkataan recourse diterjemahkan sebagai berbantuan, yang bermaksud peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika subsidari mungkir dan cagaran tidak mencukupi. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=recourse . | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2015 |
'Security' dan 'Safety' adalah dua perkataan yang membawa erti yang berbeza di dalam behasa Inggeris. Apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu hanya satu perkataan sahaja yang muncul iaitu 'Keselamatan'. Apakah perkataan yang tepat membezakan 'security' dan 'safety'? | Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "safety" ialah keselamatan. Walau bagaimanapun, untuk perkataan "security" terdapat beberapa padanan bahasa Melayu, iaitu keselamatan, jaminan, sekuriti dan cagaran. Oleh itu, tuan boleh memilih istilah bahasa Melayu yang sesuai berdasarkan konteks penggunaan. | Istilah | 16.02.2016 |
Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi. | Istilah | 19.03.2015 |