Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.rian] | چارين

Definisi : sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jenis perkhidmatan yang disediakan oleh laman web dewan bahasa dan pustaka?Perkhidmatan laman DBP merangkumi pertanyaan bahasa, pengesahan iklan, pantau tegur bahasa, cadangan perkataan, carian kamus, carian istilah, carian ensiklopedia, carian bahasa sukuan, carian korpus Bahasa Melayu, carian pantun/puisi, carian bahan Pusat Dokumentasi Melayu dan pustaka digital.Lain-lain13.08.2008
SYA HENDAK TAHU ...ADAKAH 'SISTEM BAHASA' DALAM LAMAN WEB INI????Sistem Bahasa yang saudara maksudkan itu ada di laman web ini iaitu carian kamus atau peribahasa, carian istilah, carian bahasa sukuan, carian dan carian ensiklopedia.Lain-lain23.07.2007
Subject: PENCARIAN MAKSUD PERKATAAN PEWAI Asslamualaikum wbt, Merujuk perkara di atas, saya benama Nurhilmiyani bt Ismail berminat ingin mencari maksud perkataan pewai dan penggunaan perkataan tersebut. Setelah mencari menggunakan perkhidmatan carian/ carian bestari, saya gagal menemui maksud perkataan tersebut. Berdasarkan pencarian saya sebelum ini, perkataan ini digunakan untuk menggambarkan keadaan yang terlalu letih terutama ketika mendaki gunung/ bukit yang mencabar. Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya dan memberi pencerahan yang sewajarnya. Sekian, Terima Kasih -- Nurhilmiyani bt Ismail, Pembantu Penyelidik, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Hp:013-6319101 Email: nurhilmiyani89@gmail.comKata pewai tidak terakam dalam kamus DBP mahupun korpus DBP.  Selain itu, belum ada kajian berkaitan kata pewai sama ada dialek, slanga, kreol, atau istilah. Kami akan menghubungi puan apabila kami mempunyai maklumat yang berkaitan.Makna14.09.2017
Bagi Kata Kunci dalam sistem ada carian spesifik. Bagaiman hendak dilabelkan dalam sistem untuk pemakluman pengguna Sebagai contoh carian entri haba : Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian apa perkataan sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian apa perkataan selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*;Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja;
Jika carian ada perkataan lain sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba;
Jika carian ada perkataan lain selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*;
Tatabahasa28.02.2012
Berdasarkan laman http://prpm.dbp.gov.my/, yang berikut ialah keputusan semakan ejaan selsema/selesema: 1. selsema Tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) - 2 hasil carian Istilah Malaysia - 1 hasil carian Istilah MABBIM - 1 hasil carian Bahasa Sukuan - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 6 hasil carian 2. selesema Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 24 hasil carian Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) - 8 hasil carian Kamus Pelajar (1987) - 5 hasil carian Kamus Inggeris Melayu Dewan (1991) - 48 hasil carian Istilah Malaysia - 10 hasil carian Kamus Sains - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 97 hasil carian Dengan hasil carian seumpamanya (kedua-dua bentuk ejaan terdapat di dalam rujukan berkenaan), persoalan di sini, ejaan yang manakah sebenarnya yang diterima pakai oleh DBP? Kedua, adakah kedua-dua bentuk ejaan boleh diterima atau hanya perlu berpegang pada satu bentuk sahaja? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah selesema dan kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan24.01.2012
Mohon bantuan pihak DBP mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Trending Searches". Konteks "Trending Searches" ini digunakan untuk mencari perkara yang sedang/semakin popular. Contohnya, untuk minggu ini, pengguna media menyukai Taylor Swift dan mencari lagu-lagunya. Saya mempunyai beberapa versi untuk istilah tersebut iaitu "Trend Carian", "Carian Semakin Popular", "Carian Popular". Mohon nasihat pihak DBP untuk memberikan istilah yang lebih sesuai. Terima kasih.
Tidak ada istilah khusus untuk Trending Searches dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk "Trending Search " ialah Carian yang popular pada masa ini.
Makna22.09.2016
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "recent search"? "Carian baru-baru ini" atau "Carian terbaru"?Terjemahan yang sesuai untuk istilah "recent search" ialah Carian Terkini atau Carian TerbaharuPenyemakan dan penterjemahan19.08.2016
Saya telah buat carian di Carian Kata tapi masih tidak berjumpa jawapan. Saya hanya ingin tahu istilah "township" di dalam bahasa melayu. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk township ialah perbandaran.Istilah02.12.2011
Salam, saya ingin bertanya bolehkah pihak dbp letak kembali bahagian 'khidmat nasihat' di carian kamus dbp, kerana carian di kamus dbp lebih memudahkan berbanding carian di laman khidmat nasihat dbp.

Untuk makluman, terdapat masalah gangguan capaian internet di premis DBP. Mohon untuk mencuba sekali lagi.

Maaf atas segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain30.06.2022
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas